PERANAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) [THE ROLE OF TEMERLOH COMMUNITY COLLEGE IN THE IMPLEMENTATION OF LIFELONG ISLAMIC LEARNING (PISH)]

Authors

  • Mohd Fazli Khaisunizam Ismail Kolej Komuniti Temerloh
  • Norsaritanaini Mahasan Kolej Komuniti Temerloh
  • Nurul Anis Azmi Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kolej Komuniti Temerloh; Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat, Komuniti, Temerloh; Pahang. Lifelong Islamic Learning, Community

Abstract

Abstrak: Tujuan utama penubuhan kolej komuniti di Malaysia ialah untuk memperkasakan pendidikan berbentuk  Technical and Vocational Education Training (TVET) di Malaysia. Di samping itu, matlamat penduanya adalah pelaksanaan kursus sepanjang hayat untuk komuniti setempat dan golongan sasaran. Keadaan ini sejajar dengan peningkatan dan permintaan kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Kajian ini bermatlamat untuk meneliti dan menganalisis penerimaan serta penglibatan komuniti dalam kursus Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH) iaitu pembelajaran sepanjang hayat yang berasaskan pendidikan Islam di Kolej Komuniti Temerloh. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan. Data kajian diperolehi melalui fail sumber primer dalam rekod kursus PISH Kolej Komuniti Temerloh. Data ini ditambah baik dari sumber sekunder berbentuk dapatan khidmat pelanggan dan laporan berkaitan dengan PISH di samping pemerhatian pengkaji ke atas peserta kursus. Kajian mendapati, penerimaan dan penglibatan komuniti dalam kursus berkaitan PISH meningkat serta relevan dikekalkan. Bagaimanapun, terdapat persoalan tentang bagaimana kewujudan Kolej Komuniti Temerloh berperanan dalam melaksanakan pembelajaran Islam sepanjang hayat. Berdasarkan penelitian ini, kajian akan mengupas peranan kolej komuniti sebagai sebuah institusi yang melibatkan pembelajaran Islam sepanjang hayat (PISH) melalui pemerhatian daripada penyertaan bagi setiap kursus sebagai satu transformasi kepada pembangunan pelajar serta komuniti.

Abstract: The main objective of establishing community colleges in Malaysia is to strengthen Technical and Vocational Education Training (TVET) in Malaysia. In addition, its goal is to implement lifelong learning courses for the local community and targeted groups. This is in line with the increasing demand for lifelong learning courses. This study aims to examine and analyze the acceptance and involvement of the community in the Lifelong Islamic Studies (PISH) course, which is an Islamic-based lifelong learning program at Kolej Komuniti Temerloh. This is a qualitative study in the form of content analysis. The research data was obtained through primary sources from the records of the PISH course at Kolej Komuniti Temerloh. This data was supplemented by secondary sources such as customer service findings and reports related to PISH, as well as observations by the researchers on course participants. The study found that the acceptance and involvement of the community in the PISH-related courses have increased and remained relevant. However, there are questions about how the existence of Kolej Komuniti Temerloh contributes to the implementation of lifelong Islamic education. Based on this research, the study will explore the role of community colleges as an institution involved in lifelong Islamic learning (PISH) through observation of participation in each course as a transformation for student and community development.

Downloads

Published

30-06-2023

Issue

Section

Articles