KAJIAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DAN SUNNAH DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH [A STUDY OF STUDENTS' PERCEPTION OF THE PROGRAM OF CULTIVATING AL-QUR’AN AND SUNNAH AT TEMERLOH COMMUNITY COLLEGE]

Authors

  • Siti Shuhaili Mohamad Moha Kolej Komuniti Temerloh
  • Norfadzilah Ishak Kolej Komuniti Temerloh
  • Nadia Rajat Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

Keywords:

Tahap penyertaan, program membudayakan, al-Quran dan Sunnah Level of participation, cultural program

Abstract

Abstrak: Bagi membina keperibadian yang kukuh, pelajar harus menyertai aktiviti keagamaan seperti membudayakan Al-Quran dan Sunnah. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti persepsi pelajar muslim lelaki dan perempuan terhadap aspek nilai-nilai murni berdasarkan jantina dan mengukur tahap penyertaan pelajar terhadap pengisian aktiviti dalam Program Membudayakan Al-Quran dan Sunnah. Kajian ini melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada 73 orang pelajar daripada empat program akademik di Kolej Komuniti Temerloh. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif yang melibatkan penggunaan skor min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap penyertaan pelajar dan persepsi mereka dan ujian-t untuk menentukan perbezaan jantina, terhadap Program Membudayakan Al-Quran dan Sunnah. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dalam aspek nilai-nilai murni. Selain itu, didapati bahawa tahap penyertaan pelajar berada pada tahap tinggi dengan skor minimum 5.09 daripada skala 6. Oleh itu, penyertaan pelajar dalam Program Membudayakan Al-Quran dan Sunnah mempunyai potensi untuk memberi manfaat kepada kehidupan pelajar dengan memastikan pembangunan pelajar yang menyeluruh untuk membina negara bangsa.

Abstract: To build a strong character, students should engage in religious activities such as cultivating the Quran and Sunnah. Therefore, this study was conducted to identify the perceptions of male and female Muslim students regarding the aspects of moral values based on gender and measure the level of student participation in activities within the Quran and Sunnah Cultivation Program. This study involved the distribution of questionnaires to 73 students from four academic programs at Temerloh Community College. The data obtained were analyzed using descriptive tests involving the use of minimum scores and standard deviations to determine the level of student participation and their perceptions. Independent t-tests were used to determine gender differences in the Quran and Sunnah Cultivation Program. The findings of the study indicated that there were no significant differences based on gender in terms of moral values. Additionally, it was found that the level of student participation was high, with a minimum score of 5.09 on a scale of 6. Therefore, student participation in the Quran and Sunnah Cultivation Program has the potential to benefit students by ensuring holistic development and building a nation.

Downloads

Published

30-06-2023

Issue

Section

Articles