PENGETAHUAN JAWI BAGI KATA PINJAMAN INGGERIS DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA [JAWI KNOWLEDGE OF ENGLISH LOANWORDS AMONG PRIMARY SCHOOL STUDENTS AND FACTORS AFFECTING IT]
Keywords:
tahap pengetahuan, Jawi, kata pinjaman Inggeris, faktor yang mempengaruhi, murid knowledge level, Jawi, English loanwords, factors that influence, studentsAbstract
Abstrak: Penjajahan British merupakan salah satu faktor wujudnya kata pinjaman Inggeris yang telah digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu kini. Usaha memartabatkan semula Bahasa Melayu dan tulisan Jawi telah dilakukan di mana tulisan Jawi telah diwajibkan penggunaannya dalam Pendidikan Islam. Kajian ini mengkaji tentang tahap pengetahuan Jawi bagi kata pinjaman Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah dan faktor yang mempengaruhinya. Sampel kajian melibatkan 150 orang murid tahun enam dari tiga buah sekolah rendah di daerah Bangsar. Kajian ini menggunakan set soal selidik dan set ujian diagnostik bagi mendapatkan data. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Analisis data pula dilakukan secara deskriptif menggunakan skor min dan sisihan piawai. Ujian korelasi Pearson juga digunakan bagi melihat hubungan antara pembolehubah tahap pengetahuan Jawi bagi kata pinjaman Inggeris dan faktor yang mempengaruhinya. Analisis data menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Jawi murid bagi kata pinjaman Inggeris berada pada tahap yang tinggi (min = 87.52, SP = 3.739). Sumbangan pengetahuan baharu daripada kajian ini kepada literatur amalan pengajaran Jawi akan dapat menyokong hasrat pihak berwajib dan pengurusan sekolah dalam meningkatkan prestasi dan tahap pengetahuan Jawi bagi kata pinjaman Inggeris ke suatu tahap yang lebih baik.
Abstract: British colonization is one of the factors in the existence of English loanwords that have been widely used in Malay today. Efforts to restore the dignity of the Malay language and the Jawi script have been made where the use of the Jawi script has been made mandatory in Islamic Education. This study examines the level of Jawi knowledge of English loanwords among primary school students and the factors that influence it. The study sample involved 150 sixth year students from three primary schools in Bangsar district. This study uses a set of questionnaires and a set of diagnostic tests to obtain data. Data were collected and analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Data analysis was done descriptively using the mean score and standard deviation. Pearson's correlation test was also used to see the relationship between the variables of the level of Jawi knowledge of English loanwords and the factors that influence it. Data analysis shows that students' Jawi knowledge level of English loanwords is at a high level (mean = 87.52, SP = 3.739). The contribution of new knowledge from this study to the literature of Jawi teaching practice will be able to support the wishes of the authorities and school management in improving the performance and level of Jawi knowledge of English loanwords to a better level.