KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN SOSIOEKONOMI KELUARGA DAN TAHAP PENDIDIKAN IBU BAPA TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN ANAK-ANAK [A CONCEPTUAL FRAMEWORK OF RELATIONSHIP FAMILY'S SOCIOECONOMIC AND PARENT'S EDUCATIONAL LEVEL AGAINST PARENT'S INVOLVEMENT IN CHILDREN'S QURANIC EDUCATION]

Authors

  • Anis Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohd. Isa bin Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Penglibatan Ibu Bapa, Pendidikan Al-Quran, Sosioekonomi Keluarga, Tahap Pendidikan Ibu Bapa

Abstract

Abstrak: Penglibatan ibu bapa merupakan satu aspek penting dalam menentukan kejayaan sistem pendidikan. Dalam bidang pendidikan al-Quran, penglibatan ibu bapa dilihat lebih penting kerana pendidikan al-Quran adalah pendidikan berterusan sehingga ke akhir hayat. Tambahan lagi, ibu bapa seharusnya menjadi guru al-Quran pertama anak-anak sebelum guru-guru di sekolah formal. Namun, terdapat beberapa faktor yang mengekang penglibatan ibu bapa secara maksimum dalam pendidikan  anak-anak terutamanya pendidikan al-Quran. Antara faktor tersebut ialah masalah sosioekonomi keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai tahap sosioekonomi keluarga yang rendah dilihat kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah kurang berminat untuk membincangkan pendidikan anak-anak berbanding ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk membangunkan dan membincangkan satu kerangka konseptual bagi mengenal pasti hubungan sosioekonomi keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan al-Quran anak-anak.  

Abstract: Parental involvement is an important aspect in determining the success of the education system. In Quranic education, parental involvement is seen as more important because it is a continuous education until the end of life. Furthermore, parents should be the children's first al-Quran teachers before teachers in formal schools. However, there are several factors that limit the maximum involvement of parents in their children's education, especially Quranic education. Among those factors are the socioeconomic problems of the family and the level of education of the parents. Parents with a low family socioeconomic level are seen to be less involved in their children's education. In addition, parents with a low level of education are less interested in discussing their children's education than parents with a higher level of education. Therefore, this article aims to develop and discuss a conceptual framework to identify the socio-economic relationship of the family and the level of parental education on the involvement of parents in their children's Quranic education.

Author Biographies

Anis Zakaria, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Fakulti Pendidikan

Mohd. Isa bin Hamzah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Fakulti Pendidikan

Downloads

Published

03-08-2023

Issue

Section

Articles