AMALAN PENGAJARAN TAJWID GURU PENDIDIKAN ISLAM [TAJWEED TEACHING PRACTICES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS]

Authors

  • Siti Eshah Basri Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khadijah Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

amalan, pengajaran, tajwid, guru Pendidikan Islam. practice, teaching, tajwid, Islamic Education teacher

Abstract

Abstrak: Tunjang pengajaran al-Quran adalah dengan menguasai hukum tajwid. Penguasaan ilmu tajwid mengukuhkan lagi nilai ilmu al-Quran yang dimiliki setiap guru. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meneroka amalan pengajaran guru berkaitan pendidikan tajwid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes di daerah Kemaman, Terengganu. Tiga orang peserta kajian telah dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan yang merupakan guru Pendidikan Islam di daerah tersebut. Sesi temu bual telah dilaksanakan menggunakan satu set protokol temubual yang telah disahkan oleh seorang pakar Pendidikan Islam. Temu bual dijalankan secara atas talian melalui aplikasi zoom dan voice whatsapp. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu perancangan yang terancang, bermula dengan penyediaan rancangan pengajaran, diikuti permulaan yang sistematik dengan set induksi. Kemudian perkembangan proses pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup dan berakhir dengan refleksi pengajaran. Implikasi yang diperoleh daripada kajian ini antaranya menuntut guru Pendidikan Islam memastikan pengajaran dan pembelajaran kemahiran dalam ilmu tajwid lebih mantap dan lebih baik dari semasa ke semasa dan dapat membantu guru lain meningkatkan amalan pengajaran, terutamanya dalam pengajaran tajwid al-Quran yang boleh menghasilkan pengajaran yang efektif dan berkualiti tinggi.

Abstract: The teaching of the Qur'an is based on the ruling of Tajweed. The mastery of Tajweed knowledge reinforces the value of Quranic knowledge that every teacher has. The purpose of this study was to explore the teaching practices of Teachers related to Tajweed education. This study uses qualitative approach with Case Study Design in Kemaman District, Terengganu. Three study participants were selected based on sampling aimed at Islamic education teachers in the district. The interview session was conducted using a set of interview protocols that had been verified by an Islamic education expert. The interview was conducted online via zoom and voice whatsapp. The findings showed that the implementation of teaching and learning (Pdp) requires a well-planned planning, starting with the preparation of lesson plans, followed by a systematic start with induction sets. Then, the development of the teaching process, the development of teaching, cover and end with the reflection of teaching. Implications derived from this study, among others, require Islamic education teachers to ensure teaching and learning skills in Tajweed knowledge more robust and better from time to time and can help other teachers improve teaching practices, especially in the teaching of Tajweed Al-Quran that can produce effective teaching and high quality..

Downloads

Published

02-08-2023

Issue

Section

Articles