PENGETAHUAN DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: TINJAUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI ZON KERAMAT

[KNOWLEDGE IN INTEGRATION OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (IT) IN TEACHING AND LEARNING: SURVEY OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN KERAMAT]

Authors

  • Ahmad Fikrul Amin Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda

Abstract

Abstrak: Kemajuan teknologi dan komunikasi di peringkat global menuntut guru - guru untuk mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi pendidikan dan mengimplementasikannya dalam pengajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap Pengetahuan Teknologi (PT) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Zon Keramat. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dan dilaksanakan menggunakan kajian bukan eksperimen iaitu kaedah tinjauan melalui instrumen soal selidik. Seterusnya kajian in telah menggunakan teknik rawak kelompok (Cluster Sampling) dengan 133 sampel kajian daripada guru – guru Pendidikan Islam di zon Keramat. Dapatan menunjukkan  tahap Pengetahuan Teknologi (PT) guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana rendah dengan min: 2.96 dengan standard piawai: 0.06. Rumusannya, tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap teknologi masih belum memuaskan dan perlu pembaharuan kepada amalan pengajaran. Kajian ini pula sangat penting sebagai salah satu pendekatan dan strategi pengajaran yang boleh menggantikan pendekatan tradisional. Sebagai penambahbaikan bagi kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan supaya tambah pembolehubah lain seperti Pengetahuan Pedagogi (PP)  dan Pengetahuan Kandungan (PK) seperti yang dicadangkan oleh Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan Pembelajaran Abad ke 21.

Abstract: Global advances in technology and communication necessitate teachers having skills and understanding about educational technology and implementing it in the classroom. As a result, the purpose of this study was to determine the level of Technology Knowledge (TK) among Islamic Education teachers in the Keramat Zone. This is a quantitative study that was done using a non-experimental survey method using a questionnaire instrument. After that, 133 study samples from Islamic Education teachers in the Keramat zone were collected using a random cluster sampling technique. The findings indicate that the degree of Technology Knowledge (TK) of Islamic Education teachers is moderately poor, with a mean of 2.96 and a standard deviation of 0.06. To generalize, the level of knowledge of technology among Islamic Education teachers is still weak, and improvements to teaching techniques are required. This study is essential since it identifies one of the instructional styles and strategies that can replace the traditional methodology. The researcher advised incorporating other factors such as Pedagogical Knowledge (PP) and Content Knowledge (CK) as suggested by the Technology Pedagogy Content (TPC) Knowledge Model  and 21st Century Learning as improvements for future investigations.

Downloads

Published

14-09-2023

Issue

Section

Articles