TINJAUAN AWAL TERHADAP PERMASALAHAN DAN KEPERLUAN PEMBINAAN ELEMEN MODEL KEJIRANAN BERASASKAN MANHAJ RABBANI [A PRELIMINARY OVERVIEW OF THE PROBLEMS AND THE NEED FOR NEIGHBORHOOD-BASED MODEL DEVELOPMENT WITH THE ELEMENTS OF MANHAJ RABBANI]

Authors

  • Norul Huda Bakar Universiti Islam Selangor
  • Azizah Mohd Rapini Universiti Islam Selangor
  • Marliana Abdullah Universiti Islam Selangor
  • Noor Syahida Abdul Rahman Universiti Islam Selangor

Keywords:

Jiran; Model kejiranan; Kejiranan Islam; Masyarakat harmoni; Manhaj Rabbani Neighbors; Neighborhood model; Muslim neighborhood; Harmonious society; Manhaj Rabbani

Abstract

Abstrak: Kejiranan merupakan elemen penting dalam pembentukan masyarakat dan negara yang aman dan harmoni. Islam sangat menitik beratkan hubungan kejiranan dengan menetapkan adab-adab yang boleh menjamin kesejahteraan dan keharmonian setempat sebagai salah satu bentuk habluminnas. Dewasa ini isu-isu kejiranan dilihat semakin menjejaskan hubungan kemasyarakatan melibatkan isu komunikasi, keselamatan, kebersihan, gangguan ketenteraman dan beberapa masalah sosial yang lain. Kajian ini bertujuan untuk meneroka permasalahan kejiranan dan keperluan membina elemen model kejiranan berasaskan manhaj Rabbani. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan literatur kajian sedia ada. Kajian ini mendapati wujud keperluan pembinaan elemen model kejiranan berasaskan manhaj Rabbani rentetan dari masalah-masalah dalam komuniti kejiranan di Malaysia yang melibatkan kebersihan persekitaran, keselamatan, toleransi dan komunikasi. Justeru, kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan asas pembinaan model kejiranan yang berasaskan manhaj Rabbani.

Abstract: Neighborhood is an important element in a peaceful and harmonious society and country. Islam concern a great emphasis on neighborly relations by establishing rules and ethics that guarantees local well-being and harmony to uphold habluminnas. Recently, neighborhood issues are seen to be increasingly affecting social relations involving communication problems, safety, hygiene, public nuisance, and several other social problems. This study aims to explore neighborhood problems and the need for neighborhood model development with the elements of Manhaj Rabbani. This study is a qualitative study resorting the content analysis method towards existing research literatures. This study proposes there is a need for neighborhood model development with the elements of Manhaj Rabbani due to problems arise within our neighborhood communities in Malaysia which involve the issues of environmental cleanliness, safety, tolerance, and communication. Therefore, this study is expected to be used as a basic guide for developing a neighborhood model based on Manhaj Rabbani.

Downloads

Published

14-09-2023

Issue

Section

Articles