KERANGKA KEUTAMAAN STRATEGIK DALAM PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN PROJEK WAKAF PENDIDIKAN TINGGI: SUATU ANALISIS KRITIKAL [A STRATEGIC PRIORITY FRAMEWORK FOR THE DEVELOPMENT AND SUSTAINABILITY OF HIGHER EDUCATION WAQF PROJECTS: A CRITICAL ANALYSIS]

Authors

  • Mahadi Mohammad Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Dalam dekad kebelakangan ini, institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia berhadapan dengan cabaran kewangan yang mendesak akibat pengurangan peruntukan kerajaan, mendesak keperluan terhadap alternatif pendanaan yang lestari. Wakaf, sebagai instrumen kewangan sosial Islam, menawarkan potensi besar untuk mengisi lompang ini, namun pelaksanaannya sering terhambat oleh isu tata kelola yang lemah, pengurusan aset yang tidak efisien, dan defisit kepercayaan awam. Artikel ini bertujuan untuk membina satu Kerangka Keutamaan Strategik bagi pembangunan dan kelestarian projek wakaf di IPT. Menggunakan pendekatan kualitatif konseptual menerusi sorotan literatur kritikal dan analisis kandungan, kajian ini meneliti model-model wakaf sedia ada di universiti awam terpilih. Dapatan kajian mencadangkan bahawa keberkesanan wakaf pendidikan tidak hanya bergantung pada jumlah dana yang dikumpul, tetapi pada empat tonggak strategik: (1) Tata kelola korporat yang telus dan berakauntabiliti; (2) Inovasi aset melalui instrumen teknologi kewangan (Fintech); (3) Penglibatan pemegang taruh yang inklusif; dan (4) Pengukuran impak sosial yang berasaskan data. Kerangka yang dicadangkan ini menawarkan panduan praktikal kepada pentadbir universiti dan pembuat dasar untuk mentransformasikan wakaf daripada sekadar sumbangan amal pasif kepada ekosistem pelaburan sosial yang dinamik dan lestari, sekaligus menjamin kelangsungan agenda pendidikan negara.

Abstract: In recent decades, higher education institutions (HEIs) in Malaysia have faced urgent financial challenges due to reductions in government funding, underscoring the need for sustainable alternative financing. Waqf, as an Islamic social finance instrument, offers significant potential to bridge this gap; however, its implementation is often hindered by weak governance, inefficient asset management, and a deficit in public trust. This article aims to construct a Strategic Priority Framework for the development and sustainability of waqf projects in HEIs. Using a qualitative conceptual approach through critical literature review and content analysis, this study examines existing waqf models in selected public universities. The findings suggest that the effectiveness of educational waqf depends not only on the amount of funds raised but on four strategic pillars: (1) Transparent and accountable corporate governance; (2) Asset innovation through financial technology (Fintech) instruments; (3) Inclusive stakeholder engagement; and (4) Data-driven social impact measurement. The proposed framework offers practical guidance for university administrators and policymakers to transform waqf from passive charitable donations into a dynamic and sustainable social investment ecosystem, thereby ensuring the continuity of the nation’s educational agenda.

Downloads

Published

2025-12-30