HADITH BERKAITAN ELEMEN PEMIKIRAN KRITIS: ANALISIS KITAB AL-‘ILM DALAM AL-ṢAḤĪḤAIN [HADITHS ON ELEMENTS OF CRITICAL THINKING: AN ANALYSIS OF KITĀB AL-ʿILM IN THE ṢAḤĪḤAYN]
Keywords:
Pemikiran Kritis, Paul-Elder, Hadith, Fiqh Hadith, al-Ṣaḥīḥain Critical Thinking, Paul-Elder, Hadith, Fiqh al-Hadith, al-ṢaḥīḥainAbstract
Abstrak: Kajian ini dijalankan bagi mengkaji teori pemikiran kritis Paul-Elder serta mengenal pasti hadith yang mengandungi elemen pemikiran kritis. Pemilihan teori Paul-Elder sebagai sandaran teori utama kajian kerana susunannya yang jelas, sistematik, fleksibel dan sesuai diaplikasikan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk bidang kajian Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan dokumentasi bagi meneliti dan menganalisis hadith-hadith berkaitan elemen pemikiran kritis yang terdapat dalam Kitab al-‘Ilm daripada al-Ṣaḥīḥain. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat sejumlah hadith yang menonjolkan aplikasi tujuh elemen pemikiran kritis menurut teori Paul-Elder. Elemen-elemen tersebut adalah sifat intelek merendah diri, memiliki empati intelek, menetapkan objektif yang jelas, mengenal pasti relevansi maklumat yang berkaitan, mementingkan fakta dan teori, meluaskan sudut pandang, serta membina kesimpulan bersesuaian dengan konteks semasa. Kesemua elemen ini memperlihatkan bahawa tradisi keilmuan Islam sebenarnya telah lama menekankan aspek pemikiran kritis sebagai asas pengembangan ilmu dan pembentukan adab. Kajian ini turut membuktikan bahawa matlamat utama penguasaan kemahiran pemikiran kritis adalah untuk menggerakkan sepenuhnya kapasiti dan kemampuan akal selaras dengan kehendak wahyu. Justeru itu, setiap aktiviti intelektual yang dilaksanakan mesti diintegrasikan dengan wahyu agar menghasilkan natijah yang baik iaitu pemikiran yang seimbang, tingkah laku berakhlak dan ketaatan kepada syariat. Sumbangan utama kajian ini adalah untuk memperlihatkan bagaimana ilmu pemikiran kritis moden seperti yang dikemukakan oleh Paul-Elder dapat dihubungkan dengan sumber wahyu Islam melalui analisis hadith.
Abstract: This study aims to examine Paul-Elder’s critical thinking theory and to identify hadiths that contain critical thinking elements. Paul-Elder’s framework was chosen as the main theoretical foundation because of its clarity, systematic structure, flexibility, and applicability across various disciplines, including Islamic studies. Methodologically, the study employs a qualitative design using a documentary approach to examine and analyse hadiths related to critical thinking elements found in Kitab al-‘Ilm of al-Ṣaḥīḥain. The findings reveal that several hadiths highlight the application of seven elements of critical thinking as outlined by Paul-Elder’s theory. These include intellectual humility, intellectual empathy, establishing clear objectives, identifying the relevance of information, valuing facts and theories, broadening perspectives, and drawing conclusions appropriate to the contemporary context. These elements demonstrate that the Islamic intellectual tradition has long emphasised critical thinking as a foundation for the advancement of knowledge and the cultivation of adab (proper conduct). Furthermore, the study affirms that the ultimate aim of mastering critical thinking skills is to fully mobilise the capacity of the intellect in harmony with divine revelation. Consequently, every intellectual activity must be integrated with revelation to yield constructive outcomes, namely balanced reasoning, ethical conduct, and obedience to the Sharīʿah. The primary contribution of this study is to illustrate how modern critical thinking theory, as formulated by Paul-Elder, can be meaningfully connected with Islamic revelation through hadith analysis, thereby affirming its relevance not only in secular contexts but also in strengthening the integration of reason, ethics, and faith in Islamic scholarship.










