POTENSI DAN CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA [POTENTIAL AND CHALLENGES OF INTEGRATING TECHNOLOGY IN ISLAMIC EDUCATION IN MALAYSIA]
Keywords:
Pendidikan Islam, teknologi pendidikan, guru, pelajar, cabaran. Islamic education, educational technology, teachers, students, challengesAbstract
Abstrak: Kajian ini meneliti penggunaan teknologi dalam pendidikan Islam di Malaysia dengan memfokuskan kepada pendekatan, cabaran serta strategi pelaksanaannya. Masalah utama yang dikenalpasti ialah keberkesanan pengintegrasian teknologi yang masih rendah akibat kekangan infrastruktur, kemahiran digital yang terhad, serta sikap pengguna yang berbeza-beza. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti bagaimana teknologi seperti aplikasi interaktif, platform pembelajaran atas talian, dan multimedia dimanfaatkan dalam pengajaran subjek Islam serta sejauh mana ia meningkatkan pemahaman pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan data sekunder yang diperoleh daripada kajian lepas dan laporan dasar pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat pelbagai inisiatif seperti 1BestariNet dan latihan guru, cabaran utama masih berkisar kepada jurang digital, kurangnya kesediaan guru dan akses murid terhadap teknologi. Kajian ini mencadangkan strategi seperti pembangunan profesional berterusan, pembaikan infrastruktur ICT dan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memastikan keberkesanan teknologi dalam pendidikan Islam.
Abstract: This study explores the use of technology in Islamic education in Malaysia, focusing on its approaches, challenges, and implementation strategies. The main issue identified is the low effectiveness of technology integration due to infrastructure limitations, limited digital skills, and varying user attitudes. The objective is to identify how tools such as interactive applications, online learning platforms, and multimedia are utilized in the teaching of Islamic subjects and how they enhance students’ understanding. The study adopts a content analysis approach using secondary data derived from previous studies and national education policy reports. Findings indicate that despite initiatives such as 1BestariNet and teacher training programs, key challenges remain, including the digital divide, limited teacher readiness, and students' access to technology. This study recommends strategies including continuous professional development, ICT infrastructure improvement, and community awareness to ensure the effective use of technology in Islamic education.