KEBERKESANAN APLIKASI COGGLE TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN ENAM DAERAH SEREMBAN BAGI SUBJEK PENGAJIAN AM
[THE EFFECTIVENESS OF THE COGGLE APPLICATION ON THE ACHIEVEMENT AND MOTIVATION OF FORM SIX STUDENTS IN SEREMBAN DISTRICT FOR THE GENERAL STUDIES SUBJECT]
Abstract
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aplikasi peta minda digital Coggle dalam meningkatkan pencapaian akademik dan motivasi pelajar Tingkatan Enam bagi subjek Pengajian Am. Dalam era pendidikan digital yang semakin berkembang, Coggle menawarkan pendekatan visual interaktif yang dapat menyusun maklumat secara sistematik serta menyokong kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar prauniversiti yang sering berdepan cabaran dalam memahami konsep abstrak dan menyusun isi kandungan secara logik. Objektif utama kajian adalah untuk membandingkan prestasi dan tahap motivasi pelajar antara kumpulan rawatan (menggunakan Coggle) dan kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi-eksperimen melibatkan 100 orang pelajar yang dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik motivasi berdasarkan Model ARCS dan Teori Kendiri (SDT). Dapatan menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen mencatat peningkatan skor pasca yang signifikan (M = 58.02) berbanding kumpulan kawalan (M = 52.10), dengan perbezaan min sebanyak 5.92 mata (p = .007). Motivasi pelajar juga meningkat dengan ketara merentasi semua dimensi ARCS, khususnya dalam aspek perhatian (M = 4.30) dan kepuasan (M = 4.32). Secara keseluruhan, penggunaan Coggle terbukti berkesan dalam meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar, selari dengan matlamat Pendidikan Abad ke-21 dan Dasar Pendidikan Digital Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada amalan pedagogi digital dengan memberikan bukti empirikal terhadap keberkesanan pendekatan berasaskan teknologi dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Abstract: This study aims to evaluate the effectiveness of the digital mind mapping application Coggle in enhancing the academic achievement and motivation of Form Six students in the subject of General Studies. In the rapidly advancing era of digital education, Coggle offers an interactive visual approach that systematically organizes information while supporting higher order thinking skills. The study focuses on pre-university students who frequently face challenges in understanding abstract concepts and organizing content logically. The primary objective is to compare students’ performance and motivation levels between the treatment group (using Coggle) and the control group (using traditional methods). The study adopted a quasi-experimental design involving 100 students randomly assigned into two groups. Data was collected through pre- and post-tests, as well as motivation questionnaires based on the ARCS Model and Self-Determination Theory (SDT). The findings showed that the experimental group recorded a significantly higher post-test score (M = 58.02) compared to the control group (M = 52.10), with a mean difference of 5.92 points (p = .007). Student motivation also increased significantly across all ARCS dimensions, particularly in the aspects of Attention (M = 4.30) and Satisfaction (M = 4.32). Overall, the use of Coggle has proven effective in enhancing students’ academic achievement and motivation, in line with 21st-century education goals and the Malaysian Digital Education Policy. This study contributes to digital pedagogy practices by providing empirical evidence on the effectiveness of technology-based approaches in empowering the teaching and learning process.