ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DAN PENDIDIKAN ISLAM: MENGHIDUPKAN KEMBALI GAGASAN TOKOH SARJANA DALAM PEMBELAJARAN DIGITAL [ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) AND ISLAMIC EDUCATION: REVIVING THE IDEA OF PROMINENT SCHOLAR IN DIGITAL LEARNING]

Authors

  • Huzaimah Mohammed Ikhsan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak: Pendidikan berperanan penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 meletakkan sebelas anjakan untuk transformasi sistem di mana anjakan ketujuh menyebut memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia termasuk memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid (PPPM 2013-2025). Ini bermakna dasar kerajaan amat mengalu-alukan dan menyambut baik pendidikan digital dan penguasaan guru dalam menambahbaik kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran atau menyelesaikan tugas yang berkaitan termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Bagi tujuan tersebut Guru Pendidikan Islam (GPI) perlu bersedia mempersiapkan diri untuk meneroka dan menambah pengetahuan berkenaan ICT terutama untuk  menggunakan Artificial Intelligence atau Teknologi Buatan (AI). Ia bertujuan untuk membantu dan memberi idea pengajaran yang lebih kreatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang diperolehi melalui soal selidik dan temu bual. Pengkaji berharap kajian ini dapat membantu menilai tahap kesediaan guru serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan pelbagai platform dan peluang kepada Guru Pendidikan Islam (GPI) bagi mempersiapkan diri dalam menyahut Dasar Pendidikan Digital (PDP).

Abstract: Education plays a role in the growth of this country’s economic and development. In the Education Development Plan 2013 – 2025 stated 11 shifts for the transformation process where the 7th shift stated that to benefits ICT in order to improve the quality of education in Malaysia including to maximize the usage of ICT in long distance education and self teaching education. To broaden the access to high quality teaching without taken into consideration the location or the level of students’ competency (PPPM 2013-2025). This means the government policies highly welcomed digital learning and teachers competency in improving the skills in teaching and learning process or completion of tasks related to the subject of Islamic Studies. For that purpose teachers teaching Islamic Studies (GPI) need to be ready to explore and gain knowledge in ICT especially in Artificial Intelligence. This will help and give creative ideas. This research use qualitative research design, research through questionnaire and interviews. Reseachers hope this research can help to evaluate the teachers level of readiness and also actions that need to be taken by the school authorities to prepare various platforms and give opportunities to Islamic Studies teachers (GPI) to prepare themselves to respond to the Digital Education System.

Downloads

Published

2025-07-11