KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENDIDIKAN ISLAM: CABARAN DAN KEBIMBANGAN TERHADAP PENGGUNAAN CHATGPT [ARTIFICIAL INTELLIGENCE IN ISLAMIC EDUCATION: CHALLENGES AND CONCERNS REGARDING THE USE OF CHATGPT]
Abstract
Abstrak: Perkembangan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) telah membawa perubahan signifikan dalam landskap pendidikan, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam. Salah satu aplikasi AI yang semakin mendapat perhatian ialah ChatGPT, yang digunakan secara meluas oleh pelajar sebagai sumber rujukan dan pemudah cara pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan ChatGPT dalam konteks ilmu agama menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan kesahihan kandungan, kefahaman terhadap konteks syarak, etika penggunaan serta tahap literasi digital pelajar. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis secara kritikal fungsi, potensi dan cabaran penggunaan ChatGPT dalam pembelajaran Pendidikan Islam dengan memberi tumpuan khusus kepada isu kebolehpercayaan maklumat yang dijana oleh AI. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen dan sorotan kajian lepas bagi mengenal pasti isu-isu utama yang berkaitan dengan kesahihan kandungan agama, kelemahan model AI dalam memahami hukum dan dalil syarak, kebimbangan etika serta kekangan literasi digital dalam kalangan pelajar. Dapatan analisis menunjukkan bahawa walaupun ChatGPT berpotensi menyokong pembelajaran kendiri dan meningkatkan kefahaman pelajar, penggunaannya tanpa bimbingan dan penilaian kritikal boleh membawa kepada salah faham terhadap ajaran Islam serta menjejaskan integriti ilmu. Oleh itu, artikel ini menegaskan keperluan kerangka penggunaan AI yang berlandaskan prinsip Pendidikan Islam, pemerkasaan literasi digital, serta peranan guru sebagai autoriti ilmiah bagi memastikan teknologi dimanfaatkan secara beretika dan bertanggungjawab.
Abstract: The rapid development of artificial intelligence (AI) has brought significant changes to the educational landscape, including the field of Islamic Education. One AI application that has gained increasing attention is ChatGPT, which is widely used by students as a reference source and a learning facilitator. However, the use of ChatGPT in the context of religious knowledge raises various concerns related to the authenticity of content, understanding of Islamic legal context (sharʿī), ethical considerations, and students’ level of digital literacy. This article aims to critically analyse the functions, potential, and challenges of using ChatGPT in Islamic Education with a particular focus on the reliability of AI-generated information. A qualitative approach is employed through document analysis and a review of previous studies to identify key issues related to the authenticity of religious content, the limitations of AI models in understanding Islamic rulings and legal evidences, ethical concerns, and constraints in students’ digital literacy. The findings indicate that although ChatGPT has the potential to support self-directed learning and enhance students’ understanding, its use without proper guidance and critical evaluation may lead to misconceptions of Islamic teachings and undermine the integrity of Islamic knowledge. Therefore, this article emphasises the need for a structured framework for AI usage grounded in the principles of Islamic Education, the strengthening of digital literacy, and the role of teachers as scholarly authorities to ensure that technology is utilised ethically and responsibly.










