PETUNJUK NABI S.A.W DALAM MENDAPATKAN RAWATAN [PROPHETIC GUIDANCE IN SEEKING TREATMENT]

Authors

  • Nurul Najdah Zulkipli Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Hana Solehah Hakimiesa Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Rosmalizawati Ab Rashid Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Antara perkara yang dituntut dalam Islam ialah merawat segala penyakit sama ada penyakit fizikal mahupun rohani. Ia termasuk pelbagai cara untuk merawat menggunakan ubat-ubatan, tanaman herba, dan rawatan dengan doa daripada al-Quran dan al-Sunnah. Jika kita sedari bahawa terdapat penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus iaitu jin dan iblis serta syaitan. Antaranya termasuk kes kerasukan, barah yang tidak biasa, dan sakit pada bahagian badan yang tidak dapat dikenal pasti oleh mana-mana doktor, hatta pakar perubatan moden yang paling canggih. Namun, ingatlah bahawa Allah S.W.T yang menjadikan penyakit dan Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap kejadian, termasuk penyakit, mempunyai asbab dan musabab yang berkaitan dengan rahsia Ilahi yang tidak dapat difahami atau difikirkan oleh manusia. Walau bagaimanapun, ramai orang belum mengenal pasti perubatan yang dicipta oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian mereka. Fokus utama kajian ini adalah untuk menjelaskan cara Rasulullah menangani penyakit fizikal dan rohani. Kami menggunakan metode kajian perpustakaan. Kaedah pengubatan Rasulullah S.A.W ini menggabungkan terapi spiritual dan terapi alamiah menggunakan herba atau bahan semula jadi. Penggunaan doa-doa daripada al-Quran dan ijtihad Baginda S.A.W adalah antara asas rawatan, bersama-sama dengan penggunaan bahan-bahan yang halal dan tidak bertentangan dengan prinsip syariat. Konsep terapi Nabi Muhammad S.A.W juga termasuk konsep ikhtiar dan bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan serta menjaga lima perkara asas syariat Islam. Rawatan Islam merupakan antara media dakwah yang sangat berkesan kepada pesakit dan keluarga mereka. Konsep terapi ini diharapkan menjadi panduan asas bagi setiap orang Islam dalam menangani penyakit fizikal dan rohani serta membantu masyarakat yang tertimpa musibah.

Abstract: Among the things demanded in Islam is to treat all diseases, whether physical or spiritual. This includes various methods of treatment using medicines, herbs, and therapies through prayers from the Quran and Sunnah. If we realize that there are diseases caused by supernatural beings such as jinn, demons, and devils, these include possession, unusual illnesses, and ailments in parts of the body that doctors, even the most advanced medical specialists, cannot diagnose. However, remember that Allah SWT creates diseases and provides their cures. Every occurrence, including illness, has causes and reasons connected to divine mysteries beyond human comprehension or thought. Nevertheless, many people are not familiar with the remedies prescribed by Prophet Muhammad SAW in their daily lives. The primary focus of this study is to explain how the Prophet handled physical and spiritual ailments. We employ a library research method. The healing methods of Prophet Muhammad SAW combine spiritual therapy and natural therapy using herbs or natural substances. The use of prayers from the Quran and the Prophet's SAW jurisprudence forms the basis of treatment, along with the use of lawful substances that do not contradict Sharia principles. The concept of therapy in the teachings of Prophet Muhammad SAW also includes the concept of striving earnestly for healing and adhering to the five basic principles of Islamic law. Islamic treatment serves as a highly effective means of religious outreach to patients and their families. It is hoped that this therapeutic concept will serve as a fundamental guide for every Muslim in dealing with physical and spiritual ailments and in assisting communities affected by calamities.

Downloads

Published

2024-11-13