CABARAN PENGGUNAAN APLIKASI AI DALAM PDP PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH [CHALLENGES OF USING ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) APPLICATIONS IN THE TEACHING AND LEARNING OF ISLAMIC EDUCATION IN PRIMARY SCHOOLS]
Abstract
Abstrak: Mendepani arus kemodenan, kaedah pengajaran juga tampil berbeza mengikut zaman. Artificial Intelligence (AI) merupakan inisiatif baharu dalam dunia pendidikan, namun setelah penggunaannya makin diperluas, guru-guru mendepani beberapa isu khususnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Masalah dan cabaran yang wujud ini bakal membantutkan proses pengajaran guru sekiranya tidak ditemui penyelesaiannya. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan cabaran dalaman serta cabaran luaran bagi penggunaan aplikasi AI dalam Pendidikan Islam khususnya di sekolah rendah. Berdasarkan aplikasi-aplikasi AI yang digunakan dalam pendidikan, terdapat beberapa aplikasi yang menjadi fokus dalam kajian ini iaitu aplikasi Canva, Quizziz serta ChatGPT. Cabaran yang dikenalpasti terbahagi kepada dua, di mana cabaran dalaman bagi penggunaan aplikasi AI dalam PdP Pendidikan Islam di sekolah rendah ialah melibatkan sikap serta kemahiran, manakala cabaran luaran pula berbentuk isu kebolehgunaan dan jurang digital. Impak kajian ini mampu dijadikan panduan dan refleksi kendiri mengenai solusi cabaran yang dihadapi oleh para GPI. Secara keseluruhannya, artikel ini dihasilkan agar dapar membantu pihak pelaksana bagi mencari solusi yang sesuai untuk mengurangkan cabaran yang wujud dalam penggunaan aplikasi AI bagi matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Kata kunci : Artificial Intelligence; cabaran; guru; Pendidikan Islam; sekolah rendah
Abstract: In keeping with the tide of modernity, teaching methods have evolved over time. Artificial Intelligence (AI) is a new initiative in the world of education, but as its use becomes more widespread, teachers, especially those teaching Islamic Education, are encountering several issues. These problems and challenges could hinder the teaching process if solutions are not found. This article aims to discuss both internal and external challenges associated with the use of AI applications in Islamic Education, particularly in primary schools. Based on the AI applications used in education, this study focuses on several specific applications such as Canva, Quizziz, and ChatGPT. The challenges identified are divided into two categories: internal challenges, which relate to attitudes and skills, and external challenges, which involve usability issues and the digital divide. The findings of this study can serve as a guide and self-reflection on the solutions to the challenges faced by Islamic Education teachers (GPI). Overall, this article is produced to help practitioners find suitable solutions to mitigate the challenges in using AI applications for Islamic Education subjects in primary schools.
Keywords: Artificial Intelligence; challenges; teachers; Islamic Education; primary schools