REKABENTUK INOVASI ALAT BANTU MENGAJAR TEPUNG MAGIC PIZZA (TMP) [INNOVATIVE DESIGN OF TEACHING AIDS MAGIC PIZZA FLOUR]
Abstract
Abstrak: Tepung Magic Pizza (TMP) adalah merupakan tepung premix instant untuk membuat pizza. TMP ini dihasilkan sebagai inovasi pemudah cara bagi memudahkan pembuatan pizza yang dahulunya sukar kini menjadi mudah, di samping menjimatkan kos serta berkhasiat. TMP ini juga dapat menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran semasa melaksanakan kelas kursus pendek pembuatan pizza. Ia adalah salah satu usaha untuk menghasilkan pizza dengan lebih cepat dan efisen. Kajian ini adalah bertujuan untuk mereka bentuk inovasi penghasilan TMP. Objektif utama kajian ini adalah membangunkan TMP yang inovatif, yang dapat memenuhi keperluan pengguna iaitu menggabungkan bahan-bahan asas dengan bahan tambahan untuk menghasilkan tepung premix yang mudah digunakan dan berkualiti tinggi. Metodologi kajian ni berbentuk kualitatif untuk mendapatkan dan mengkaji kelemahan tepung pizza adunan sendiri. Secara keseluruhannya, TMP telah mencapai objektif yang dibangunkan, membantu memenuhi keperluan pengguna. Ia memberikan solusi yang praktikal dan efisien bagi penyediaan pizza, sama ada untuk kegunaan rumah atau komersial, sambil mengekalkan kualiti dan rasa yang memuaskan. Inovasi ini bukan sahaja memudahkan proses penyediaan pizza, tetapi juga membuka peluang untuk lebih banyak penyelidikan dan pengembangan dalam bidang ini.
Abstract: Magic Pizza Flour (TMP) is an instant premix flour for making pizza. TMP is produced as an innovative facilitator to make pizza that was once difficult to make is now easy, while being cost-effective and nutritious. TMP can also improve the quality of teaching and learning when implementing pizza making short course classes. It is one of the efforts to produce pizza faster and more efficiently. This study aims to design an innovation in the production of TMP. The main objective of this study is to develop an innovative TMP, which can meet the needs of consumers by combining basic ingredients with additives to produce a premix flour that is easy to use and high quality. The methodology of this study is qualitative to obtain and study the weaknesses of self-blended pizza flour. Overall, TMP has achieved its developed objectives, helping to meet the needs of consumers. It provides a practical and efficient solution for pizza preparation, whether for home or commercial use, while maintaining satisfactory quality and taste. These innovations not only simplify the pizza preparation process, but also open opportunities for more research and development in this field.