KESAN TIDUR PETANG (QAYLULAH) TERHADAP KEBOLEHAN MENGHAFAZ AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR KHALIFAH MODEL SCHOOL - SECONDARY (KMSS)

[THE EFFECT OF AFTERNOON NAPS (QAYLULAH) ON THE ABILITY TO MEMORIZE THE QURAN AMONG STUDENTS OF KHALIFAH MODEL SCHOOL - SECONDARY (KMSS)]

Authors

  • Muhammad Nor Taufiq Ali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd. Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Qaylulah, Hafazan al-Quran, Remaja Quran Memorization, Adolescents

Abstract

Abstrak: Tidur yang mencukupi adalah penting untuk pengukuhan memori dan fungsi kognitif yang memudahkan pembelajaran dan ingatan. Namun begitu, remaja di Malaysia sering mengalami masalah tidur yang mengganggu prestasi kognitif mereka. Qaylulah dilihat berpotensi menjadi alternatif kepada kekurangan tidur yang berlaku supaya mereka boleh melalui proses pembelajaran dengan baik. Kajian ini meneliti kesan tidur petang (qaylulah) terhadap kebolehan menghafaz al-Quran di kalangan pelajar Khalifah Model School - Secondary (KMSS). Kajian rintis ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen melibatkan 10 orang pelajar berumur 14 hingga 16 tahun. Sampel kajian terdiri daripada lima pelajar lelaki dan perempuan yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Pelajar dalam kumpulan eksperimen menjalani dua jenis ujian: pada hari pertama tanpa qaylulah dan pada hari kedua dengan qaylulah sebelum ujian. Sistem jadual di KMSS yang memperuntukkan 45 minit untuk qaylulah sebelum solat zuhur berjemaah memudahkan pengkaji menjalankan kajian tanpa mengganggu rutin harian pelajar. Para pelajar akan diberikan teks al-Quran untuk dihafal sebelum menjalani ujian pra dan pasca secara bertulis. Hasil kajian menunjukkan bahawa qaylulah yang dijalankan oleh pelajar tahfiz KMSS tidak memberikan impak yang signifikan terhadap hafalan al-Quran. Kajian rintis ini hanya dijalankan di sekolah tanpa menggunakan alat saintifik seperti seperti electroencephalogram (EEG) dan wrist actigraphy. Sampel yang direkrut juga bersaiz kecil di samping tempoh pemerhatian yang pendek. Pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjutan dijalankan dengan sampel yang lebih besar, tempoh pemerhatian lebih lama, dan persekitaran kajian yang lebih sesuai.

Abstract: Adequate sleep is crucial for memory consolidation and cognitive function to facilitating learning and recalling memory. However, adolescents in Malaysia often face sleep issues that disrupt their cognitive performance. Qaylulah (afternoon nap) is seen as a potential alternative to compensate for sleep deprivation, enabling better learning processes. This study investigates the effects of qaylulah on the ability to memorize the Quran among students at Khalifah Model School - Secondary (KMSS). This pilot study employs a quantitative approach with a quasi-experimental design involving 10 students aged 14 to 16 years. The sample consists of five male and female students selected through purposive sampling. Students in the experimental group underwent two types of tests: on the first day without qaylulah and on the second day with qaylulah before the test. The KMSS schedule, which allocates 45 minutes for qaylulah before congregational Zuhr prayer, facilitated the research without disrupting the students' daily routines. The students were given Quranic texts to memorize before undergoing pre- and post-tests in written form. The results indicate that qaylulah did not have a significant impact on Quran memorization among the KMSS tahfiz students. This pilot study was conducted in a school setting without using scientific instruments such as electroencephalogram (EEG) and wrist actigraphy. The recruited sample was small, and the observation period was short. The researcher suggest that further studies be conducted with larger samples, longer observation periods, and more suitable study environments.

Downloads

Published

2024-08-10