KAEDAH FUZZY DELPHI: REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL INFOGRAFIK FLEKSI AL-QURAN [FUZZY DELPHI METHOD: DESIGN AND DEVELOPMENT OF AL-QURAN INFLECTION INFOGRAPHIC MODULE]

Authors

  • Khadijah Yusop Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Fauzi Abdul Hamid Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Firdaus Yahaya Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Perkembangan teknologi kini telah menyediakan lebih banyak peluang kepada para pendidik bagi menambah baik proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Arab termasuklah meningkatkan kreativiti dalam penyampaian ilmu. Pembangunan modul infografik merupakan suatu usaha untuk memperkasakan PdP bahasa Arab melalui penggunaan teknologi  yang  dapat menambahkan minat dan kefahaman pelajar terhadap ilmu yang dipelajari. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan dan kesepakatan pakar terhadap item-item yang diperlukan bagi reka bentuk dan pembangunan modul Infografik Fleksi al-Quran (i-FleQ) melalui kaedah Fuzzy Delphi. Pelaksanaan kajian ini melibatkan 10 orang pakar yang terdiri daripada bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Arab, teknologi pendidikan, pembangunan kurikulum dan realiti terimbuh (Augmented Reality). Kesemua pakar dikehendaki untuk menjawab soal selidik kajian yang mengandungi enam bahagian, iaitu demografi responden, objektif modul, isi kandungan modul, reka bentuk modul, aktiviti pembelajaran dan penilaian. Maklumat yang diperolehi dianalisis menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy (Triangular Fuzzy Numbers) dan kedudukan (ranking) setiap pemboleh ubah diperoleh menerusi Defuzzification Process. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menunjukkan maklum balas kumpulan pakar terhadap komponen utama modul berada pada tahap yang baik, iaitu dengan peratus kesepakatan bermula daripada 70% sehingga 90%. Di samping itu, jumlah keseluruhan item ialah 26 item dan 22 item telah diterima oleh pakar. Dapatan kajian yang diperoleh diyakini dapat membantu pengkaji untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah modul yang berupaya untuk memperkasakan pembelajaran i‘rab menerusi inovasi yang dibangunkan, iaitu modul Infografik Fleksi al-Quran (i-FleQ).

Abstract: The progress of technology has provided educators with more opportunities to enhance the teaching and learning process of the Arabic language. It has facilitated their creativity in delivering knowledge. One of the efforts to empower the teaching and learning of Arabic through technology is the development of an infographic module. This study aims to gather expert opinions, recommendations, and consensus on the design and development of the Al-Quran Inflection Infographic Module (i-FleQ) by utilizing the Fuzzy Delphi method. Ten experts from the fields of teaching and learning of the Arabic language, educational technology, curriculum development, and augmented reality (AR) collaborated in this study. They are requested to answer a research questionnaire having six sections, including respondent demographics, module objectives, module content, module design, learning activities, and evaluation. The feedback acquired from the experts was analysed using Fuzzy triangle numbering (Triangular Fuzzy Numbers), and the ranking of each variable was obtained through the Defuzzification Process. The analysis of the Fuzzy Delphi method indicates that the group of experts' feedback on the main components of the module is at a good level, with a percentage of agreement ranging from 70% to 90%. Out of 26 items analysed, the experts accepted 22 items. The research findings expected to aid the researcher in designing and developing a module that can empower the learning of Arabic through the Al-Quran Inflection Infographic Module (i-FleQ).

Downloads

Published

2024-04-18