HUBUNGAN INTEGRITI KETUA, RELIGIOSITI DAN ETIKA KERJA ISLAM DALAM KALANGAN KAKITANGAN SOKONGAN [THE RELATIONSHIP BETWEEN HEAD INTEGRITY, RELIGIOSITY AND ISLAMIC WORK ETHICS AMONG THE SUPPORT STAFF]

Authors

  • MOHD FAUZWADI MAT ALI & MUHAMMAD AHMAD

Abstract

Abstrak: Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan integriti ketua, religiositi dan etika
kerja Islam dalam kalangan kakitangan sokongan. Kajian ini melibatkan sebanyak 243 kakitangan
sokongan yang beragama Islam dan bertugas dalam dua agensi penguatkuasaan di negeri Kedah, Perlis
dan Pulau Pinang. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah persampelan
rawak berstrafikasi (stratified random sampling). Data yang dikutip telah dianalisis dengan
menggunakan perisian ‘IBM Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 26. Kajian mendapati
bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara integriti ketua, religiositi dan etika kerja
Islam. Seterusnya, kajian juga mendapati integriti ketua dan religiositi mempengaruhi etika kerja Islam
secara signifikan. .
Kata kunci: Integriti Ketua, Religiositi, Etika Kerja Islam, Kakitangan Sokongan.
Abstract: The main objective of this study is to examine the relationship between leader integrity,
religiosity, and Islamic work ethics among supporting staff. A total of 243 Muslim supporting staff who
working in two enforcement agencies in Kedah, Perlis and Pulau Pinang involved in this study. Stratified
random sampling technique was used in this study. Data was collected and analyzed by IBM Statistical
Package for Social Science’ (SPSS) version 26. The result shows that the relationship between leader
integrity, religiosity and Islamic work ethic are positive and significant. Also, the result indicated that
the impact of leader integrity and religiosity on Islamic work ethics was significant.
Keywords: Chief Integrity, Religiosity, Islamic Work Ethics, Support Staff

Downloads

Published

2024-01-15