KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM) SEBAGAI PENGUKUR PENGUASAAN PENULISAN BAHASA MELAYU DALAM BUKU AKTIVITI TINGKATAN TIGA [THE MALAY STANDARD FRAMEWORK (KSBM) AS A MEASURE OF MALAY WRITING MASTERY IN THIRD FORM ACTIVITY BOOKS]

Authors

  • Siti Noridayu Abd. Nasir Universiti Putra Malaysia
  • Hazlina Abdul Halim Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Kerangka Standard Bahasa Melayu, penulisan bahasa Melayu, buku aktiviti tingkatan tiga. The Malay Standard Framework, Malay essay writing, Form Three Activity Books

Abstract

Abstrak: Penguasaan dalam kemahiran menulis begitu penting kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun di sekolah. Hal ini kerana pemberatan pemarkahan dalam subjek bahasa Melayu adalah penulisan ulasan dan karangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada tajuk ulasan dan karangan yang digunakan dalam buku aktiviti bahasa Melayu Tingkatan Tiga Big Ideas. Buku latihan ini digunakan oleh Pusat Tuisyen Ilmu Imtiyaz di Putrajaya untuk melatih pelajar tuisyen pada peringkat tingkatan tiga selama lima bulan bermula awal Januari hingga September. Malahan kajian ini juga bagi mengenal pasti sejauh mana tajuk-tajuk karangan berkaitan isu semasa dapat mengukur tahap penguasaan dalam penulisan karangan tingkatan tiga oleh pelajar tuisyen. Dapatan kajian memperlihatkan lima orang responden kajian cenderung menjawab soalan ulasan yang mempunyai visual dan teks sebagai idea penulisan mereka. Oleh yang demikian, KSBM dapat diaplikasikan dalam mengukur tahap kemampuan penulisan ulasan bahasa Melayu lima responden kajian.  Hal ini demikian kerana, pengukuran markah menunjukkan kemampuan pelajar yang cemerlang atau masih lemah dalam penulisan ulasan. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran pelajar di masa akan datang untuk mendapat markah dan gred yang baik dalam peperiksaan sebenar di sekolah.

Abstract: Mastery in writing skills is an important for students who will seat the end of year exams at school. This is because the weighting of the marking in the Malay subject is the writing of reviews and essays. Therefore, this study focuses on the title of reviews and essays in Big Ideas Form Three in Malay subject activity books. This activity books is used by the Imtiyaz Tuition Centre in Putrajaya to train students at the third level for five month from early January to Mei. In fact, this study is also to identify an extend to which essay titles related to current issues can measure the level of mastery in third level essay writing by tuition students. The findings of the study showed that five respondents tend to answer review questions that have visuals and text as their writing ideas. Therefore, KBSM can an applied in measuring the level of Malay language review writing ability of five study respondents. This I because, the measurement of marks shows the ability of students who are excellent or still weak in writing reviews. It is hoped that this study can helps an improve the level of students skill in the future get good marks and grades in final exams at school.  

Published

2023-03-30