KERANGKA KONSEP PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN ETNIK MELAYU BERBANDING ETNIK CINA DI MALAYSIA [CONCEPTUAL FRAMEWORK OF DRUG ABUSE AMONG THE MALAY ETHNICITY COMPARED TO THE CHINESE ETHNICITY IN MALAYSIA]

Authors

  • Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Razi Yaakob Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ridhuan Tee Abdullah Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Tengku Atikah Engku Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Dadah, Etnik, Melayu, Cina, Penagihan Drug, Ethnics, Malay, Chinese, Addiction

Abstract

Abstrak: Penagihan dadah merupakan isu yang sangat serius di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu dan merupakan agenda utama negara ini. Justeru, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berusaha untuk membasmi dadah melalui kempen memerangi dadah secara menyeluruh. Hakikatnya penagih dadah dalam kalangan etnik Melayu lebih ramai berbanding etnik lain. Pelbagai faktor lain boleh mempengaruhi kecenderungan penagihan dadah ini seperti budaya, ekonomi, persekitaran dan agama. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengukur tahap, corak dan pengaruh konstruk agama, sosio budaya, sosio ekonomi dan persekitaran, serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penagihan dadah dalam kalangan etnik Melayu berbanding etnik Cina di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Lokasi tersebut dibahagikan mengikut zon iaitu utara, barat, selatan, pantai timur dan Sabah. Ia melibatkan 13 pusat pemulihan penagihan narkotik negara dan tiga (3) pusat pemulihan dadah swasta. Seramai 674 responden terdiri daripada 549 responden etnik Melayu dan 125 responden etnik Cina telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan IBM-SPSS-AMOSversion 21.0 untuk menjalankan analisis Structural Equation Modelling (SEM) yang terdiri daripada dua model utama: model pengukuran dan model struktur.

Abstract: Drug addiction is a very serious issue in Malaysia that has been declared as the number one enemy and the main agenda of this country. Hence, the National Anti-Drugs Agency is committed to eradicate drugs through the campaign of total fight against drugs. It is a fact that drug addicts among Malay ethnic more than other ethnics. Various other factors may influence this tendency of drug addiction such as culture, economy, environment and religion. Therefore, this article aimed to measure the level, pattern and influence of the constructs of religion, socio-culture, socio-economic and environment, and identify factors that affect the tendency of drug addiction among Malays compared to Chinese in Malaysia. This study used a combined qualitative and quantitative approach with research design of survey used questionnaires as research instrument. The location was divided by zones, namely northern, western, southern, east coast and Sabah. It involved 13 National narcotics addiction rehabilitation centres and three (3) private drug rehabilitation centres. A total of 674 respondents comprising 549 Malay clients and 125 Chinese clients were selected randomly as research sample. The obtained data had been analysed using the IBM-SPSS-AMOS version 21.0 to run Structural Equation Modeling (SEM) analysis which consists of two main models: measurement model and structural model.

Published

2022-03-30