FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PEMBELAJARAN BALAGHAH [FACTORS OF WEAKNESSES IN LEARNING BALAGHAH]

Authors

  • RAJA HAZIRAH RAJA SULAIMAN, NAJIHAH ABDUL WAHID

Abstract

Abstrak: Isu permasalahan dalam pengajaran bahasa Arab sering kali diperdebatkan. Banyak kajian
yang membincangkan isu yang dihadapi oleh para guru dalam menyampaikan pelajaran bahasa Arab
kepada pelajar-pelajar. Kajian ini menumpukan isu pembelajaran balaghah Arab yang sering dihadapi
oleh guru bahasa Arab di Malaysia sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.
Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan secara terperinci beberapa permasalahan dalam
pengajaran balaghah Arab yang dihadapi oleh guru-guru dan pensyarah di Malaysia. Metodologi kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah yang mengumpulkan dan menilai maklumat-maklumat
yang terdapat dalam kajian-kajian lampau seperti jurnal, artikel mahupun buku. Dapatan kajian
mendapati, permasalahan yang dihadapi oleh guru bahasa Arab ini boleh dipecahkan kepada lima
permasalahan yang utama iaitu metode dan pendekatan, motivasi, pedagogi dan pengukuran, kesamaran
objektif, kekurangan rujukan. Oleh itu, para guru dan pensyarah diharapkan menjadi lebih kompeten
dalam menyelesaikan dan menguruskan permasalahan ini.
Kata kunci: permasalahan pengajaran, guru balaghah Arab, pendekatan, pedagogi, motivasi, objektif,
rujukan,
Abstract: The problems of teaching Arabic language are often debated. Several past studies have
discussed the issues faced by educators in delivering Arabic language lessons to students. This study
focuses on the issue of learning Balaghah that is often faced by Arabic language teachers in Malaysia
either experienced at school or even at higher education institutions. The objective of this study is to
discuss in detail some of the main problems encountered by teachers and lecturers during the process of
teaching Balaghah to students. This study used the qualitative method as the choice of methodology - a
method that collects and evaluates the information found in past studies such as journals, articles or
books. The findings of the study found that the problems faced by Arabic teachers can be categorised
into five main categories namely (i) Methods and approaches, (ii) motivation, (iii) pedagogy and
measurement, (iv) ambiguity of objectives (v) lack of reference. Thus, teachers and lecturers are
expected to be more competent in solving and managing these problems.
Keywords: Arabic language, teachers, balaghah, motivation

Downloads

Published

2024-01-15