ISU DAN CABARAN DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM KALANGAN GURU ALIRAN PERDANA DI MALAYSIA [ISSUES AND CHALLENGES IN EMPOWERING INCLUSIVE EDUCATION AMONG MAINSTREAM TEACHERS IN MALAYSIA]

Authors

  • Mohd Farid Karim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Abitson Kumbong Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Natasha Nyaie Robert Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Isu dan Cabaran, Guru Pendidikan Khas Issues, Challenges, Special Education Teacher

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk membincangkan isu dan cabaran dalam usaha untuk memperkasakan pendidikan inklusif dalam kalangan guru aliran perdana. Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua individu di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk belajar. Maka, individu seperti ini memerlukan pengubahsuaian dalam kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka secara optimum. Oleh itu, selaras dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pendidikan inklusif untuk memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas bagi mendapatkan akses kepada pendidikan di kelas aliran perdana serta memupuk keyakinan dan jati diri yang tinggi. Dengan bantuan sedemikian maka murid berkeperluan khas dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya mereka. Berdasarkan kepada laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk menambah murid berkeperluan khas dalam model program pendidikan inklusif. Dalam menjalankan PPI, guru aliran perdana merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab secara sepenuh bagi memastikan program pendidikan inklusif mencapai kejayaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PPI yang mana dikenal pasti akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Justeru guru-guru Pendidikan Khas perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan, kepakaran dan kemahiran untuk mencapai aspirasi negara. Selain itu, kerjasama, kolaborasi dan sokongan daripada ibu bapa, pentadbir sekolah, pakar perubatan dan masyarakat amat diperlukan.

Abstract: This study aims to discuss the issues and challenges in empowering inclusive education among mainstream teachers. Education is a fundamental human right, and philosophically, every individual in the world has the right to learn and acquire knowledge. Children with special needs comprise those who face difficulties in learning. Therefore, individuals like them require curriculum and teaching methods modifications to enable them to realize their full potential optimally. In line with this, the Ministry of Education Malaysia (MOE) has introduced inclusive education to provide opportunities for special needs students to access education in mainstream classes and foster high self-confidence and self-identity. With such assistance, students with special needs can participate in inclusive teaching and learning alongside their peers. Based on the initial report of the Malaysia Education Development Plan (2013-2025), the Ministry of Education Malaysia is committed to increasing the number of students with special needs in the inclusive education program model. In implementing inclusive education, mainstream teachers play a crucial role and are fully responsible for ensuring the success of the inclusive education program. However, there are several issues and challenges that teachers face in implementing inclusive education, which have been identified to disrupt the teaching and learning process in the classroom. Therefore, Special Education teachers need to equip themselves with various knowledge, expertise, and skills to achieve the objectives of inclusive education successfully.

Published

2022-03-30