PERKEMBANGAN AHL SUNNAH WA AL-JAMA’AH DI MALAYSIA SERTA KEPENTINGANNYA [THE DEVELOPMENT OF AHL SUNNAH WA AL-JAMA’AH IN MALAYSIA AND ITS IMPORTANCE]

Authors

  • Nurul Husna Mohd Pidrus Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Hasrul Shuhari Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nur Aisya Asyikin Mohd Zurita Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Ahli Sunnah Wal Jamaah, Akidah, Wasatiyyah Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah, Faith, Wasatiyyah,

Abstract

Abstrak: Mendepani cabaran semasa pada masa ini khususnya pemikiran akidah yang menyeleweng, umat Islam perlu kepada suatu model yang boleh diikuti. Oleh itu, golongan yang paling sesuai diketengahkan ke dalam masyarakat Islam di Malaysia ialah Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah yang dibawa oleh imam Abu Hasan al-Asy’ari dan imam Abu Mansur al-Maturidi. Kelompok ini dikenali sebagai firqah najiyah disebabkan metodologi yang dibawa oleh mereka bersikap wasatiyyah yakni tidak terlalu literal dan liberal. Disebabkan itu, Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah diterima dalam kalangan masyarakat sekaligus menjadikannya mazhab muktabar dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Demikian juga terdapat kepentingan kelompok ini bagi memelihara masyarakat Islam supaya berada di landasan yang betul mengikut syariat Islam. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji perkembangan Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah serta kepentingannya di Malaysia. Kajian ini mengambil pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kepustakaan. Pengumpulan data menerusi teknik dokumentasi manakala analisis data menerusi analisis kandungan berdasarkan kaedah deduktif, induktif dan komparatif untuk menghasilkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapat Malaysia telah menetapkan kepada umat Islam untuk mengikut akidah Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah sebagai langkah kesatuan akidah bagi masyarakat Muslim. Pada masa yang sama bertujuan menutup ruang pemikiran yang menyeleweng untuk terus disebarkan kepada masyarakat serta menyebabkan tiada lagi pihak yang menyokongnya. Justeru, aliran Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah mempunyai kepentingannya yang tersendiri terhadap penjagaan akidah masyarakat Islam di Malaysia. 

Abstract: Muslims need a model to follow in the face of today's challenges, especially the deviant belief systems. Therefore, the most appropriate group to introduce to the Muslim community in Malaysia is Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah led by Imam Abu Hasan al-Ash'ari and Imam Abu Mansur al-Maturidi. Because their methodology is Wasatiyyah, which is not too literal and liberal, this group is known as the Najiyah school. Because of this, Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah is accepted by the community, making it an authoritative sect among the Muslim community in Malaysia. Furthermore, the group is interested in keeping the Muslim community on the right path according to Islamic law. The purpose of this paper is to study the development of the Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah and its significance in Malaysia. Using a bibliographic design, this study adopts a qualitative approach. Data collection through documentation techniques while data analysis through content analysis using deducing, inducing and comparing methods to produce research findings. The results of the research found that Malaysia had established Muslims to follow the creed of Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah as a measure of unity of creed for the Muslim community. At the same time, it aims to close the space for deviant thinking to spread further in the community and no longer support parties. Thus, the Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah movement has its own significance in safeguarding the faith of the Muslim community in Malaysia.

Published

2023-04-30