KESAHAN KANDUNGAN INSTRUMEN UJIAN KEPULIHAN PENAGIHAN DADAH MENGGUNAKAN KAEDAH NISBAH KESAHAN KANDUNGAN (CVR) [CONTENT VALIDITY OF DRUG ADDICTION RECOVERY TEST INSTRUMENTS USING THE CONTENT VALIDITY RATIO (CVR) METHOD]

Authors

  • Siti Norashida Mohd Rashid Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Lukman Z Mohamad Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kesahan kandungan; Kepulihan ketagihan; Penagih dadah; Pakar

Abstract

Abstrak: Kepulihan adalah berkaitan dengan mengawal masalah ketagihan dalam kalangan penagih dadah berdasarkan konteks persekitaran di Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti beberapa aspek yang mempunyai hubungan dengan kepulihan ketagihan dalam kalangan penagih dadah Malaysia khususnya. Walaupun terdapat beberapa instrumen pengukuran yang telah dibangunkan untuk menilai kepulihan ketagihan dadah, instrumen kesahan yang baik masih lagi kurang dan terhad. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan kandungan instrumen Ujian Kepulihan Penagihan Dadah (DART) khususnya dalam kalangan 123 penagih yang dirawat di Pusat Pemulihan Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) di Besut, Terengganu menggunakan kaedah nisbah pengesahan kesahan (CVR) bagi memastikan instrumen ukuran sesuai digunakan dalam konteks persekitaran di Malaysia. Lapan pakar dipilih mengikut pengalaman mereka dalam bidang penyelidikan tertentu. Pakar-pakar tersebut terdiri daripada UniSZA, UMT dan UPSI. Proses pengesahan instrumen melibatkan 80 item daripada empat komponen. Kajian lepas mendapati instrumen mempunyai kesahan yang baik dengan tahap minimum nilai CVR (N=8, CVR = 0.75). Sebanyak 68 item dikenal pasti untuk disimpan manakala 12 item lagi mempunyai nilai di bawah 0.75 dinilai semula dan dimurnikan. Kajian ini mendapati instrumen tersebut sesuai dan relevan serta berpotensi menjadi instrumen yang baik untuk mengukur kepulihan ketagihan dalam kalangan penagih dadah. Kajian rintis dicadangkan dijalankan, dan data hendaklah dianalisis menggunakan analisis statistik yang lebih mendalam seperti analisis faktor untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang item yang telah dibina tersebut.

Abstract: Recovery is related to control addiction problems among drug addicts based on context environment in Malaysia. This research, to identify several aspects that have relationship with addiction recovery among Malaysian drug addicts specifically. Although there are several measurement instruments that have been developed to assess drug addiction recovery, a good validity instruments are still lacking and limited. In this regard, this study aimed to test the validity of content validity of Drug Addiction Recovery Test (DART) instruments specifically among 123 treated addicts in Besut Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) using the content validation Ratio (CVR) method to ensure that measurement instruments are appropriate for use in local contexts and cultures.  Eight experts selected according to experience they are in a particular field of research. The experts made up of UniSZA, UMT and UPSI. The instrument validation process involved 80 items from four components. The previous study found that the instrument had good validity with the minimum level of CVR value (N=8, CVR = 0.75). A total of 68 items were identified to be retained while the other 12 items had values below 0.75 rated refund and purified. This study found that the instrument is appropriate and relevant and has the potential to be a good instrument for measuring addiction recovery among drug addicts. It is proposed that pilot studies be conducted, and the data should be analysed using more in-depth statistical analysis such as factor analysis to obtain more detailed information about the items.

Published

2022-09-30