KERANGKA KONSEP POTENSI PELANCONGAN RUMAH JAMBI DI KEMAMAN, TERENGGANU [CONCEPTUAL FRAMEWORK TOURISM POTENTIAL OF RUMAH JAMBI IN KEMAMAN, TERENGGANU]

Authors

  • Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Tengku Atikah Engku Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Pelancongan, Rumah Jambi, Cabaran, Potensi Tourism, Rumah Jambi, Challenge, Potential

Abstract

Abstrak: Pelancongan merupakan aktiviti penting dalam sektor perkhidmatan. Sumbangannya kepada pendapatan negara pula kian meningkat. Oleh itu aktiviti ini perlu diteguhkan dengan menerapkan prinsip pembangunan lestari. Pembangunan sektor pelancongan di negeri Terengganu menunjukkan kecenderungan strategi ke arah mempakejkan semula tarikan sedia ada sebagai kaedah mempromosi produk berasaskan tempat dan ikon sejarah dan warisan. Objektif kajian ini adalah (i) membuktikan bahawa Rumah Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman sebagai destinasi pelancongan, (ii) apakah faktor yang menjadi indikator kepada pelancongan ke Rumah Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman, (iii) mengenal pasti cabaran dan potensi terhadap pelancongan Rumah Jambi di Kampung laut, Pasir Gajah Kemaman. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual. Seramai 12 orang penduduk Kampung Laut Pasir Gajah, Kemaman telah terpilih sebagai informan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelancong datang melawat Rumah Jambi disebabkan oleh beberapa faktor. Namun kebanyak penduduk kampung berpendapat, selain penjagaan dan pengekalan sejarah warisan Rumah Jambi, terdapat beberapa cabaran yang masih memerlukan pembaikan. Tambahan pula, potensi pelancongan terhadap Rumah Jambi juga dipandang serius dalam kajian ini.

Abstract: Tourism is an important activity in the services sector. Its contribution to the national income has increased. Therefore, these activities need to be strengthened by applying the principles of sustainable development. The development of the tourism sector in the state of Terengganu shows a strategic tendency towards re-introducing the existing attractions as a way of promoting products based on historical and heritage icons. The objectives of this study are to (i) prove that the Rumah Jambi in Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman is a tourist destination, (ii) what factors that become an indicator of tourism to the Rumah Jambi in Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman (iii) identify the challenges and potential of Rumah Jambi in Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman. This study uses a qualitative method which is the interview method. A total of 12 residents from Kampung Laut Pasir Gajah, Kemaman was selected as informants of this study. The findings show that most tourists come to Rumah Jambi for some reasons. However, many villagers feel that, apart from preserving the history of the Jambi House, some challenges still need improvement. Furthermore, the tourism potential of the Rumah Jambi is also taken seriously in this study.

Published

2022-09-30