PENDEKATAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI PENDAKWAH PROFESIONAL [APPROACH TO COMMUNICATION SKILLS OF PROFESSIONAL PREACHERS]

Authors

  • Berhanundin Abdullah Sultan Zainal Abidin University
  • Ibtisam Ibrahim Sultan Zainal Abidin University

Keywords:

komunikasi, kemahiran dakwah, pendidikan, pendakwah profesional. Communication, dakwah skills, education, professional preachers

Abstract

Abstrak: Dakwah merupakan satu usaha penyebaran ajaran Islam yang berasaskan kepada maudhu‘ utama ialah mentauhidkan Allah SWT. Pelaksanaan dakwah bergantung kepada kebijaksanaan pendakwah dalam memberi penyampaian lebih berkesan bersesuaian dengan kumpulan sasar. Pendakwah yang memiliki bakat serta kemahiran tertentu dikenali sebagai pendakwah professional. Pendakwah professional yang memiliki kemahiran yang banyak dalam pendekatan dakwah tidak boleh mengasingkan diri daripada kemahiran komunikasi. Perkembangan semasa dunia teknologi dan penyiaran kini menuntut peningkatan kemahiran komunikasi dalam kalangan pendakwah professional. Bagaimanapun, aspek kemahiran komunikasi merupakan suatu hal yang rumit bagi pendakwah apabila mereka tidak melalui satu latihan, pengalaman atau proses pendidikan. Tujuan artikel ini adalah untuk memperincikan beberapa aspek penting berkaitan komunikasi dakwah. Pertamanya, kemahiran Bahasa merupakan elemen utama dalam membina hubungan dan interaksi dengan mad’u. Bahasa budaya sesuatu bangsa akan lebih menarik dalam penyampaian untuk mengekalkan kefahaman dan pengetahuan. Teknik penyampaian juga merupakan elemen kedua pentingnya yang menunjukkan keyakinan dan kesungguhan pendakwah dengan penuh gaya dan teknik yang menarik. Ketiga ialah kemahiran penggunaan media sosial yang sangat pantas berkembang dengan persembahan tulisan, video, ucapan pendek, kata-kata mutiara dan pelbagai lagi termasuk nukilan peristiwa bersejarah dan menarik berkaitan dengan Islam. Keempatnya ialah kemahiran pergaulan dan hubungan interpersonal yang dapat mengeratkan hubungan seharian dalam melaksanakan ibadat. Kemahiran ini memerlukan bentuk penampilan diri yang dapat mempengaruhi perkembangan semasa pergaulan. Secara ringkasnya, kemahiran komunikasi dapat membantu mengangkat kedudukan atau martabat profesional pendakwah dalam usaha menarik minat mad‘u menerima dakwah secara terbuka.

Abstract: Dakwah is an effort to spread the teachings of Islam based on the main objective of monotheizing Allah SWT. The implementation of dakwah depends on the wisdom of the preacher in delivering more effective messages tailored to the target audience. Preachers who possess certain talents and skills are known as professional preachers. Professional preachers with a variety of skills in the approach to dakwah cannot separate themselves from communication skills. The current development in technology and broadcasting demands an improvement in communication skills among professional preachers. However, the aspect of communication skills is a complex matter for preachers if they do not undergo training, experience, or an educational process.The purpose of this article is to detail some important aspects related to dakwah communication. Firstly, language skills are a crucial element in building relationships and interactions with the audience. The cultural language of a nation is more appealing in conveying the message to maintain understanding and knowledge. Presentation techniques are also the second crucial element, showing the preacher's confidence and sincerity with a captivating style and technique. The third is the skill of using social media, which is rapidly evolving with the presentation of writings, videos, short speeches, aphorisms, and various others, including excerpts of historical and interesting events related to Islam. The fourth is the skill of socialization and interpersonal relationships that can strengthen daily relationships in carrying out worship. This skill requires a form of self-presentation that can influence current developments in social interactions. In summary, communication skills can help elevate the position or status of professional preachers in the effort to attract the audience to accept dakwah openly.

Downloads

Published

2023-11-11