MANFAAT AR-RAHNU KEPADA PEMBANGUNAN USAHAWAN KECIL [THE BENEFITS OF AR-RAHNU TO THE DEVELOPMENT OF SMALL ENTREPRENEURSHIP]

Authors

  • SALIMAH YAHAYA Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun

Abstract

Abstrak: Isu paling utama yang sering dihadapi oleh usahawan ialah kesukaran untuk mendapatkan
pembiayaan modal sama ada pembiayaan secara Islam mahupun konvensional. Justeru, Ar-Rahnu boleh
menjadi antara salah satu alternatif terbaik bagi usahawan terutamanya usahawan kecil untuk
mendapatkan pembiayaan modal secara halal, mudah dan cepat. Oleh itu, artikel ini dilaksanakan untuk
menjawab dua persoalan utama iaitu pertama, apakah isu dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh
usahawan kecil untuk mendapatkan pembiayaan modal untuk perniagaan? Kedua, apakah manfaat ArRahnu kepada pembangunan usahawan? Artikel ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dan
mengguna pakai kaedah pengumpulan data sekunder yang diperoleh melalui kajian dokumen untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Maklumat yang diperoleh daripada tesis, jurnal,
buku, laporan penyelidikan, kertas kerja, prosiding dan laman sesawang, kemudiannya dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara keseluruhannya, isu dan cabaran kewangan yang
dihadapi oleh usahawan kecil menjadikan Ar-Rahnu sebagai alternatif terbaik untuk menyelesaikan
masalah kesukaran mendapatkan modal yang dihadapi oleh usahawan kecil. Namun begitu, penerimaan
usahawan yang masih rendah terhadap Ar-Rahnu perlu dikenal pasti dan diatasi. Rentetan itu, satu kajian
menyeluruh berkaitan tahap penerimaan usahawan kecil terhadap Ar-Rahnu perlu dilakukan pada masa
hadapan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kekangan kewangan yang dihadapi.
Kata kunci: Ar-Rahnu, pajak gadai Islam, usahawan kecil.
Abstract: The main issue often encountered by entrepreneurs is the difficulty of obtaining capital
financing whether Islamic or conventional financing. Therefore, Ar-Rahnu can be one of the best
alternatives for entrepreneurs especially small entrepreneurs to obtain capital financing which is halal,
easy and fast. This article presents two key questions along with answers to the real problems and
challenges encountered by small entrepreneurs in obtaining capital financing for businesses and the
importance of Ar-Rahnu towards entrepreneurial development. Secondary data collection methods were
used through document surveys to obtain relevant information. Overall, the financial problems and
challenges encountered by small entrepreneurs make Ar-Rahnu the best alternative to solve the difficulty
in obtaining capital. However, entrepreneurial acceptance of Ar-Rahnu which is still low needs to be
identified and addressed. Therefore, a comprehensive study on the acceptance level of small
entrepreneurs towards Ar-Rahnu needs to be performed in the future to seek solutions to the financial
constraints.

Downloads

Published

2024-01-14