AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KOMITMEN GURU TAHFIZ DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) TAHFIZ NEGERI TERENGGANU

[PRINCIPAL’S INSTRUCTIONAL LEADERSHIP PRACTICE AND RELATIONSHIP WITH TAHFIZ TEACHER COMMITMENT LEVEL THE STATE GOVERNMENT AIDED RELIGIOUS SECONDARY SCHOOL (SABK) TAHFIZ TERENGGANU]

Authors

  • Syed Muhammad Alif Syed Muhammad Rosmadi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Bity Salwana Alias Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pendidikan, amalan kepimpinan instruksional, komitmen guru terhadap tugas pengajaran dan pembelajaran, pengurus sekolah. education, instructional leadership practice, teacher commitment to teaching and learning tasks, School Manager.

Abstract

Abstrak: Pengetua memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi guru untuk menggalakkan komuniti pembelajaran yang aktif dan profesional. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan jenis hubungan yang wujud antara kepimpinan instruksional pengetua dan tahap komitmen guru tahfiz di sekolah menengah bantuan kerajaan (SABK) tahfiz di Negeri Terengganu. Kajian ini adalah tinjauan dengan pendekatan kuantitatif yang dilaksanakan melalui penyebaran borang soal selidik atas talian. Responden kajian ini terdiri daripada 148 orang guru yang bertugas di sekolah menengah bantuan kerajaan (SABK) tahfiz di Negeri Terengganu. Analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap tinggi min = 4.30. Manakala kajian tahap komitmen guru tahfiz pula berada tahap yang tinggi min = 3.90. Hasil analisis korelasi pearson, r= 0.671, p<0.01,menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan pada tahap yang sederhana. Maka dapatan ini secara langsung menolak hipotesis nol (Ho1) kajian. Secara rumusannya, keputusan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dan tahap komitmen guru tahfiz di sekolah menengah bantuan kerajaan (SABK) tahfiz di Negeri Terengganu. Oleh yang demikian, perbincangan kajian ini juga turut merangkumi implikasi dalam meningkatkan komitmen guru tahfiz untuk tugas disekolah terutama dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Kesimpulannya, kajian literatur menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional mempunyai keupayaan untuk meningkatkan komitmen guru terhadap tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran..

Abstract: Principals play a significant role in influencing teachers to promote an active and professional learning community. The purpose of this study was to determine the type of relationship that exists between the instructional leadership of principals and the level of commitment of tahfiz teachers in government-aided secondary schools (SABK) tahfiz in the state of Terengganu. This study is a survey with a quantitative approach implemented through the dissemination of online questionnaires. The respondents of this study consisted of 148 teachers employed at the government-aided secondary school (SABK) tahfiz in the state of Terengganu. Descriptive and inferential analysis using SPSS software was used to answer the research questions. The findings showed that the level of instructional leadership of the principals was at a high level of mean = 4.30. While the study of tahfiz teacher commitment level was at a high level of mean = 3.90. The results of Pearson's correlation analysis, r= 0.671,p<0.01, showed that both variables were positively related to the strength of the relationship at a moderate level. This finding directly rejects the null hypothesis (Ho1) of the study. Summing up, the results of the study have shown that there is a significant relationship between the instructional leadership practices of principals and the level of commitment of tahfiz teachers in government-aided secondary schools (SABK) tahfiz in the state of Terengganu. Therefore, the discussion of this study also includes implications in increasing the commitment of tahfiz teachers to their duties in schools, especially in teaching and learning in the future. In conclusion, the literature review shows that the practice of insturksional leadership has the ability to increase teachers ' commitment to teaching and learning responsibilities.

Downloads

Published

2024-03-30