PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMIK UNTUK TOPIK BULAN PENYUCIAN JIWA MENGGUNAKAN PERISIAN PIXTON [COMICS-BASED LEARNING FOR TOPIC MONTH OF PURIFICATION USING PIXTON SOFTWARE]

Authors

  • Ahmad Sidqi Danial Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Komik pendidikan, elemen dalam komik, komik berkaitan puasa, komik digital, Pixton Educational comics, elements in comics, fasting-related comics, digital learning, Pixton

Abstract

Abstrak: Terdapat pelbagai jenis komik di pasaran. Jika ditinjau dari faktor usia, ada komik yang sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Terdapat juga komik yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita. Pengkaji komik di Malaysia juga membahagikan komik kepada beberapa kategori berdasarkan elemen yang terdapat padanya. Antaranya ialah novel grafik tunggal, kompilasi komik, majalah komik, novel berkomik dan buku teks berkomik. Kertas konsep ini memfokuskan bagaimana komik pendidikan berperanan untuk membantu murid dalam memahami sesuatu topik iaitu badah Puasa. Komik bercorak pendidikan ini mampu dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Komik yang dihasilkan akan disusun supaya dapat diaplikasi ketika proses pembelajaran berlangsung. Komik ini akan menggunakan aplikasi Pixton sebagai salah satu bentuk pembelajaran digital yang berteraskan teori pembelajaran Konstruktivisme. Selain itu, kertas konsep ini membincangkan latar belakang komik digital Pixton berserta contoh. Secara umum, komik yang baik mempunyai elemen permulaan sesuatu isu, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian atau penyelesaian. Elemen-elemen ini akan digabungkan bagi menghasilkan komik berkaitan puasa menggunakan perisian komik digital Pixton.

Abstract: There are many different types of comics on the market. If viewed from the age factor, there are comics that are suitable for children, teenagers and even adults. There are also comics dedicated to men and women. Comic researchers in Malaysia also divide comics into several categories based on the elements found in them. Among them are single graphic novels, comic compilations, comic magazines, comic novels and comic textbooks. This concept paper focuses on how educational comics play a role in helping students understand a topic which is in ibadah Puasa (Fasting). This educational comic can be used as teaching aids. The comics produced will be arranged so that they can be applied during the learning process. This comic will use the Pixton application as one form of digital learning based on Constructivism learning theory. In addition, this concept paper discusses Pixton's digital comic background along with examples. In general, a good comic has the elements of an issue's beginning, development, complication, climax and resolution. These elements will be combined to produce comics related to fasting using Pixton's digital comics software.

Downloads

Published

2024-01-31