CABARAN GURU MENGAPLIKASIKAN PEMBELAJARAN DIGITAL MELALUI PELANTAR DIGITAL EDUCATIONAL LEARNING INITIATIVE MALAYSIA (DELIMa) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)

[THE CHALLENGES OF TEACHERS IN IMPLEMENTING DIGITAL LEARNING THROUGH THE DIGITAL LEARNING INITIATIVE MALAYSIA (DELIMa) PLATFORM IN TEACHING AND FACILITATION]

Authors

  • Zolhilmi Adnan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hazrati Husnin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Cabaran Pembelajaran Digital, DELIMa, Transformasi pendidikan Challenges of Digital Learning, DELIMa, Educational Transformation

Abstract

Abstrak: Pembelajaran digital ialah suatu proses di mana guru menggunakan teknologi digital untuk mencapai matlamat semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013–2025) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jika dibandingkan dengan pendekatan pengajaran yang biasa atau pemusatan guru, strategi pengajaran berpusatkan murid adalah jelas dalam pelan pembangunan ini. Untuk mencapai objektif pendigitalan pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan satu pelantar pembelajaran digital iaitu Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui halangan dan cabaran guru sekolah dalam melaksanakan PdPc melalui pelantar DELIMa. Satu kajian kualitatif yang melibatkan sepuluh orang guru telah dilaksanakan bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru apabila menggunakan pelantar pembelajaran DELIMa untuk melaksanakan PdPc. Kajian mendapati bahawa guru menghadapi banyak masalah apabila mereka cuba mengaplikasikan pembelajaran digital dalam PdPc dengan pelantar DELIMa. Kajian ini dijangka memberi manfaat kepada warga guru, murid serta pihak  berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dalam usaha mereka untuk meluaskan pembudayaan pembelajaran digital dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru berkaitan pembelajaran digital.

Abstract: Digital learning is a process where teachers use digital technology to achieve objectives during the teaching and facilitation process (PdPc). In accordance with the goals of the Malaysian Education Development Plan (PPPM 2013–2025) outlined by the Ministry of Education Malaysia (KPM). Compared to conventional teaching approaches or teacher-centered methods, student-centered teaching strategies are clear in this development plan. To achieve the objective of digitizing education, KPM has prepared a Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) learning platform. Therefore, this study aims to identify obstacles faced by school teachers on implementing PdPc with the DELIMa platform. A qualitative study involving ten (10) teachers was conducted to determine the issues faced by teachers when using the DELIMa learning platform to implement PdPc. The study found that teachers encounter various challenges when attempting to use digital learning in PdPc with the DELIMa platform. This research is expected to benefit educators, students, and management entities such as the State Education Department (JPN), District Education Office (PPD), and schools in their efforts to promote digital learning culture and enhance teachers' skills and knowledge related to digital learning..

Downloads

Published

2024-01-31