ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR ASLI SEMOQ BERI DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BERUA, HULU TERENGGANU, TERENGGANU [TEACHING AND LEARNING ISSUES OF SEMOQ BERI INDIGENOUS STUDENTS AT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BERUA, HULU TERENGGANU, TERENGGANU]

Authors

  • Muhammad Nur Iman Sahadom Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Abdullah Ibrahim Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohamad Hafis Amat Simin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Hajar Munirah Hashim Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Tengku Mariam Zainudin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Atikah Lokman Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Suku Semoq Beri, Orang Asli, Terengganu

Abstract

Abstrak: Pendidikan merupakan satu peranan dan elemen penting dalam membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup khususnya masyarakat Orang Asli. Isu “3M” membaca, mengira dan menulis masih di tahap kritikal terutamanya isu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ketinggalan dalam akademik, kehadiran ke sekolah, keciciran pelajar yang mendaftar ke sekolah, kesedaran ibu bapa yang tidak memberi tekanan kepada anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan dan buta huruf dalam kalangan Orang Asli khususnya suku kaum Semoq Beri amat merisaukan. Selain itu, hubungan Orang Asli Semoq Beri dalam kebergantungan kepada alam juga merupakan salah satu isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka iaitu tugas mencari hasil hutan atau alam sekitar dan amalan tradisi Semoq Beri hidup perantau. atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat adalah antara punca dan isu utama yang menyumbang kepada ponteng sekolah dan tercicir dalam pendidikan formal ini. Banyak program dan tindakan berkaedah telah dijalankan bagi membantu pelajar mengurangkan jurang pendidikan formal dan mengurangkan peratusan buta huruf dalam kalangan pelajar masyarakat Semoq Beri. Pendekatan “Didik Hibur” turut digunakan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah bagi mewujudkan suasana menarik bagi mengurangkan isu pendidikan dalam kalangan murid Orang Asli khususnya Orang Asli Semog Beri di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Pelajar Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Abstract: Education is an important role and element in eradicating poverty and improving the standard of living especially Orang Asli community. The issue of “3M” reading, counting, and writing is still at a critical level, especially the issue of teaching and learning in the classroom. Lagging in academics, attendance at school, dropping out of students enrolling in school, the awareness of parents who do not stress their children to get an education and illiteracy among Orang Asli especially the Semoq Beri tribe is very troubling. In addition, the relationship of the Orang Asli Semoq Beri in their dependence on nature also is one of the issues related to their daily life, which is the job of searching for forest or environment products and the traditional practice of Semoq Beri living as a nomad or moving from one place to another is one of the main causes and issues that contribute to absenteeism from school and dropping out of this formal education. A lot of programs and methodical actions have been carried out to help students to reduce the gap in formal education and reduce the percentage of illiteracy among students of the Semoq Beri community. The "Didik Hibur" approach is also used in the implementation of teaching and learning methods both in the classroom and outside the classroom to create an interesting atmosphere to reduce educational issues among Orang Asli students, especially Orang Asli Semoq Beri at Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu students.

Downloads

Published

2024-01-26