Pelaksanaan Undang-Undang dan Analisis Kes Perceraian Fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah

The Implementation of Law and Analysis of Fasakh Case in Sharia Lower Court Seberang Perai Tengah

Authors

  • Mu’adz Md. Nazan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Keywords:

Mahkamah Syariah, fasakh, keluarga Islam

Abstract

Kajian ini dibuat dengan melihat kepada masalah perceraian fasakh yang semakin berleluasa berlaku di kalangan umat Islam khususnya di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah Pulau Pinang sebagai tempat kajian kes, memandangkan kadar perceraian fasakh semakin meningkat setiap tahun. Bagi menyempurnakan kajian ilmiah ini penulis telah membuat rujukan di perpustakaan dan menggunakan metod temubual. Kajian perpustakaan dibuat bagi mendapat bahan dan maklumat mengenai perceraian fasakh. Manakala metod temubual dilakukan bagi mendapat maklumat tentang punca-punca berlakunya perceraian fasakh dan mengetahui tindakan yang telah diambil oleh pihak mahkamah bagi mengatasi permasalahan ini. Melalui kajian ilmiah ini juga, tumpuan telah diberikan kepada pengupasan peruntukan perceraian fasakh yang terkandung di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 2004 sebagai rujukan dan undang-undang yang digunapakai dalam prosiding kehakiman. Hasil kajian ilmiah ini, seterusnya dapat membuat analisa mengenai kuantiti kes fasakh dalam tempoh setahun dan statistik kes-kes perceraian fasakh yang tertangguh atau masih dalam prosiding disebabkan oleh bukti yang tidak mencukupi. Seterusnya, kajian ilmiah ini dilakukan bagi member pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai perceraian dari perspektif Islam, garis panduan yang telah ditentukan berdasarkan hukum syarak dan EUUKI (Pulau Pinang) 2004 sebagai peraturan demi kemaslahatan seluruhnya.

Downloads

Published

2023-03-30