PEMURNIAN FUNDAMENTAL AKIDAH ISLAMIYYAH DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH KARYA HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY

THE PURIFICATION OF ISLAMIC CREED FUNDAMENTAL IN THE NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH BY HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY

Authors

  • MOHD ADI AMZAR MUHAMMAD NAWAWI Universiti Sains Islam Malaysia
  • MUHAMMAD HAKIM KAMAL Universiti Sains Islam Malaysia
  • KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Habiburrahman El Shirazy, Akidah Islamiyyah, Novel Ketika Cinta Bertasbih

Abstract

Kajian ini menyentuh mengenai fundamental akidah Islamiyyah dalam kajian sastera terutamanya prosa bergenre novel. Novel yang dipilih sebagai subjek kajian ialah Ketika Cinta Bertasbih yang dikarang oleh penulis terkenal dari Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Novel ini dikenali sebagai novel bergenre Islami di kalangan peminat novel dan mendapat sambutan yang hangat daripada
di nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis fundamental akidah Islamiyyah yang terdapat dalam novel ini bagi menggambarkan kesedaran dan tanggungjawab penulis sebagai seorang pengkarya muslim di samping menonjolkan karya ini sebagai sebuah karya sastera islam yang unggul. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan dengan menjadikan novel sebagai fokus kajian terpenting di samping buku-buku berkaitan dengan akidah islamiyyah turut diberikan perhatian sebagai analisis maklumat. Kajian ini menggunakan kerangka teori akidah yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa penulis telah berjaya memurnikan elemen akidah Islamiyyah dalam novel tersebut secara khusus dan menjaga tasawur islami secara amnya serta dapat membezakan karya Islami dan bukan Islami.

Downloads

Published

2025-12-29