PENGARUH FAKTOR DALAMAN TERHADAP NIAT BERWAKAF TUNAI MELALUI POTONGAN GAJI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN
[THE INFLUENCE OF INTERNAL FACTORS ON THE INTENTION TO CONTRIBUTE TO CASH WAQF THROUGH SALARY DEDUCTION AMONG CIVIL SERVANTS IN THE STATE OF KELANTAN]
Keywords:
Wakaf Tunai, Pengetahuan, Keberagamaan, Skim Potongan Gaji, Pembangunan Ekonomi Ummah, Kelantan Cash Waqf, Knowledge, Religiosity, Salary Deduction Scheme, Economic Development of the UmmahAbstract
Abstrak: Wakaf tunai merupakan instrumen kewangan Islam yang berpotensi besar dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam secara mampan. Namun begitu, prestasi kutipan wakaf tunai di negeri Kelantan masih rendah dan tidak konsisten walaupun majoriti penduduknya beragama Islam dan pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, termasuk skim potongan gaji. Kajian ini dijalankan untuk menilai pengaruh faktor dalaman iaitu pengetahuan dan keberagamaan terhadap niat berwakaf tunai melalui skim potongan gaji dalam kalangan penjawat awam negeri Kelantan, berasaskan kerangka Theory of Planned Behavior (TPB) yang diperluas. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan data diperoleh daripada 388 responden melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan analisis regresi. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap niat berwakaf tunai, manakala keberagamaan tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan. Implikasi daripada dapatan ini menegaskan bahawa tahap literasi wakaf yang tinggi memainkan peranan penting dalam mendorong penyertaan masyarakat, manakala pendekatan berasaskan keberagamaan semata-mata adalah tidak mencukupi. Justeru, strategi pembangunan ekonomi ummah melalui wakaf tunai perlu ditumpukan kepada pendekatan edukatif dan pemerkasaan pengetahuan masyarakat bagi memastikan wakaf tunai dapat berfungsi secara efektif sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi di negeri Kelantan.
Abstract: Cash waqf is an Islamic financial instrument with great potential to contribute to the sustainable socio-economic development of the Muslim community. However, the performance of cash waqf collection in the state of Kelantan remains low and inconsistent, despite the majority Muslim population and various initiatives introduced, including a salary deduction scheme. This study aims to examine the influence of internal factors, namely knowledge and religiosity, on the intention to contribute to cash waqf through salary deduction among civil servants in Kelantan, based on an extended Theory of Planned Behavior (TPB) framework. This quantitative study employed a survey design, with data collected from 388 respondents and analyzed using regression analysis. The findings reveal that knowledge has a positive and significant influence on the intention to contribute to cash waqf, while religiosity shows no significant effect. These results imply that a high level of waqf literacy plays a crucial role in encouraging public participation, whereas a solely religiosity-based approach is insufficient. Therefore, strategies for the economic development of the ummah through cash waqf should focus on educational efforts and knowledge empowerment to ensure that cash waqf can effectively function as an instrument for socio-economic development in Kelantan.










