PENGURUSAN EMOSI MENURUT AL-HADITH AL-NABAWI: PENDEKATAN MENANGANI KEMURUNGAN DALAM KALANGAN REMAJA [EMOTIONAL MANAGEMENT ACCORDING TO AL-HADITH AL-NABAWI: AN APPROACH TO HANDLING DEPRESSION AMONG ADOLESCENTS]

Authors

  • Siti Ainul Mardiyyah Mohd Zahid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak: Kemurungan merupakan salah satu isu kesihatan mental yang mempengaruhi emosi, pemikiran dan tingkah laku seseorang. Remaja yang mengalami kemurungan menunjukkan kecelaruan dan gangguan negatif pada emosi dan perasaannya seperti sedih, hiba, mudah marah, resah dan rasa bersalah yang berpanjangan dalam satu tempoh yang tertentu. Statistik kemurungan semakin meningkat saban tahun terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan tidak ditangani dengan kadar segera. Pelbagai rawatan dan pendekatan yang telah dibentangkan oleh pelbagai pihak dalam menangani isu ini. Terapi kerohanian semakin menjadi tumpuan dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu kaedah memelihara kesejahteraan mental. Justeru itu, kajian bertujuan untuk mengetengahkan teknik pengurusan emosi atau kecerdasan emosi yang bersumberkan hadith-hadith Nabi SAW sebagai salah satu pendekatan mengatasi kemurungan. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk mengenalpasti gejala emosi bagi isu kemurungan dan pandangan Islam terhadapnya. Pemilihan hadith-hadith melalui kaedah tematik bagi menganalisis kaedah-kaedah dan pendekatan al-nubuwwah dalam menguruskan kecelaruan emosi seperti sedih, mudah marah, perasaan putus asa dan lain-lain. Dapatan kajian mendapati kecerdasan emosi yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat r.a. yang merangkumi elemen pemantapan akidah, praktikaliti ibadah secara konsisten dan pembinaan akhlak seperti sabar dan syukur. Kajian ini membuktikan konsep pengurusan emosi al-Nabawi sebagai salah satu pendekatan dan rawatan komplimentari dalam menangani isu kemurungan dalam kalangan remaja..

Abstract: Depression is a mental health issue that affects a person’s emotions, thoughts, and behavior. Adolescents experiencing depression show disruptions and negative disturbances in their emotions and feelings, such as sadness, sorrow, irritability, anxiety, and prolonged guilt over a certain period. The increasing statistics of depression each year, especially among adolescents, are alarming and require immediate attention. Various treatments and approaches have been proposed by different parties to address this issue. Spiritual therapy has gained attention and has been recognized by the World Health Organization (WHO) as one of the methods to maintain mental well-being. Therefore, this study aims to highlight emotional management techniques or emotional intelligence based on the Hadiths of the Prophet Muhammad (PBUH) as an approach to overcoming depression. The methodology used is a qualitative approach through document analysis and library research to identify emotional symptoms related to depression and the Islamic perspective on it. The selection of Hadiths is done using a thematic method to analyze the approaches of the Prophetic tradition in managing emotional disorders such as sadness, irritability, despair, and others. The study findings show that the emotional intelligence demonstrated by the Prophet Muhammad (PBUH) and his companions (RA) encompasses elements such as strengthening faith, consistent worship practices, and the development of virtues like patience and gratitude. This study proves that the concept of emotional management in the Prophetic tradition is one of the approaches and complementary treatments in addressing depression among adolescents.

Downloads

Published

2024-06-30