‘Exchange Traded Funds’ ETF Bercirikan Wakaf: Analisis Kedudukan Saham EQ8 Waqf dalam Pasaran Bursa Malaysia [Exchange Traded Funds ETF Featuring Waqf: Analysis EQ8 Waqf Share in the Bursa Malaysia]

Authors

  • MOHD RIDZUAN MOHAMAD Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
  • AHMAD AZRIN ADNAN Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Pergerakan pasaran dalam sesebuah negara menggambarkan kedudukan ekonomi dari sudut makro samada berada pada paras yang baik atau sebaliknya. Terdapat dua (2) pasaran di Malaysia iaitu Islamic Capital Market’ dan Coventional Capital Market. Kedudukan Islamic Capital Market terus berkembang dari tahun ke tahun. Hal ini menunjukkan momentum instrumen dalam pasaran modal Islam menjadi ‘demand’ permintaan secara positif dalam kalangan masyarakat pada hari ini seperti saham, waran, sukuk, unit trust / amanah, REIT ‘Real Estate Investment Trust’,  ETF ‘Exchance Traded Funds, ETBS ‘Exchance Traded Bons and Sukuk’ dan sebagainya. EQ8 Waqf merupakan salah satu produk pertama di dunia yang dilancarkan dengan menggabungkan saham ETF dengan instrumen wakaf. Sehubungan itu, kajian sebelum ini berkait kedudukan saham ETF hanya tertumpu kepada hukum syarak dari sudut akad dan kontrak. Justeru, kajian kualitatif ini akan memfokuskan kepada pergerakan saham EQ8 Waqf dalam pasaran berdasarkan teknik ‘fundamental’ dan ‘teknikal’ dengan menggunakan instrumen Chart Trading Candlestick. Data yang diperoleh di analisis melalui kaedah analisis kandungan ‘content analysis’. Selari dengan pemantauan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, kedudukan pasaran bagi saham Eq8 Waqf berada pada paras yang pelbagai mengikut tinjauan dari sudut fundamental dan teknikal saham. Kesimpulannya, hasil kajian ini akan menyumbang sebagai sumbangan ilmiah untuk kelangsungan kajian selanjutnya serta memperluaskan lagi ilmu berkait kedudukan saham khususnya saham ETF wakaf yang baru dilancarkan dan merupakan produk pertama di dunia.

Abstract: Market movements in a country reflect the economic position from a macro perspective, whether it is at a good level or otherwise. There are two (2) markets in Malaysia, namely the Islamic Capital Market and the Conventional Capital Market. The position of the Islamic Capital Market continues to grow from year to year. This shows the momentum of instruments in the Islamic capital market becoming a positive demand among society today such as shares, warrants, sukuk, unit trusts / trusts, REIT 'Real Estate Investment Trust', ETF 'Exchance Traded Funds', ETBS 'Exchance Traded Bonds and Sukuk' and so on. EQ8 Waqf is one of the first products in the world launched by combining ETF shares with waqf instruments. In this regard, previous studies related to the position of ETF shares only focused on Islamic law from the perspective of contracts and contracts. In fact, this qualitative study will focus on the movement of EQ8 Waqf shares in the market based on 'fundamental' and 'technical' techniques using the Candlestick Trading Chart instrument. The data obtained was analyzed using the 'content analysis' method. In line with the regulations under the Capital Markets and Services Act 2007, the market position of Eq8 Waqf shares is at various levels according to the review from the fundamental and technical perspective of the shares. In conclusion, the results of this study will contribute as a scientific contribution for the continuation of further studies and further expand knowledge related to the position of shares, especially the newly launched waqf ETF shares and is the first product in the world.

Downloads

Published

2026-02-20