KIT-DIDIK INTERAKTIF SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN [INTERACTIVE BI-KIT-DIDIK AS A CATALYST FOR THE TRANSFORMATION OF CLASSIFIER TEACHING]
Abstract
Abstrak: Kajian ini bertujuan menganalisis keberkesanan penggunaan aplikasi Powtoon dan Educaplay sebagai medium pembelajaran interaktif dalam meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan dalam kalangan murid Tahun 3. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kaedah campuran (mixed-methods approach), dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif bagi memperoleh gambaran komprehensif tentang kesan intervensi. Data kuantitatif diperoleh melalui aktiviti jaringan lelabah dan latihan penulisan, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dari segi pemahaman dan penggunaan penjodoh bilangan oleh murid selepas intervensi. Aplikasi Powtoon berperanan sebagai alat penyampaian konsep berasaskan prinsip Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia, manakala Educaplay digunakan untuk menguji dan mengukuhkan kefahaman melalui aktiviti interaktif berasaskan permainan (game-based learning). Kesimpulannya, integrasi teknologi multimedia interaktif berupaya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, relevan, dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan dengan saiz sampel yang lebih besar serta penerapan teknologi pendidikan baharu, seperti realiti terimbuh (augmented reality) dan pembelajaran adaptif berasaskan kecerdasan buatan, bagi memperkukuh kualiti pengajaran Bahasa Melayu di pelbagai konteks pendidikan.
Abstract: This study aims to analyze the effectiveness of using Powtoon and Educaplay applications as interactive learning tools to improve number matching mastery among Year 3 students. The research employs a mixed methods approach, collecting both quantitative and qualitative data to provide a comprehensive picture of the intervention's effects. Qualitative data were gathered through spider web activities and writing exercises, while quantitative data were collected through structured interviews. The findings reveal a significant increase in students' understanding and application of number matching after the intervention. The Powtoon application serves as a medium for delivering concepts based on the principles of the Cognitive Theory of Multimedia Learning, while Educaplay is used to test and reinforce understanding through interactive, game-based activities. In conclusion, the integration of interactive multimedia technology makes the learning process more engaging, relevant, and effective in enhancing language proficiency. This study recommends further research with a larger sample size and the exploration of new educational technologies, such as augmented reality and adaptive learning based on artificial intelligence, to enhance the quality of Malay language teaching across various educational contexts.










