KESALAHAN ORTOGRAFI DAN IMPLIKASINYA DALAM PENULISAN ESEI BERPANDU DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM BUKAN PENUTUR ARAB: SATU KAJIAN DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [ORTOGRAPHICAL ERRORS AND ITS IMPLICATION IN DIRECTED ESSAY WRITING AMONG PUBLI

Authors

  • AZLAN SHAIFUL BAHARUM

Abstract

Abstrak: Sejak dahulu, para pelajar banyak melakukan kesalahan ejaan terutama ketika menulis esei
bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan ortografi dalam penulisan berpandu
oleh pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (SMBaK), Fakulti Pengajian Bahasa Utama
USIM. Sampel kajian ini terdiri daripada 33 orang pelajar melalui kaedah persampelan rawak. Mereka
diminta untuk menulis satu esei berpandu. Dari penulisan tersebut pengkaji mencari kesalahan mereka
dan membilang kekerapan kesalahan tersebut. Kajian ini juga turut menyenaraikan contoh kesalahan
yang dilakukan serta cadangan pembetulan bagi setiap kesalahan. Kajian ini juga diharap dapat
membantu dalam mengemukakan beberapa cara mengatasi masalah kesalahan bahasa terutama aspek
ortografi. Ia juga menjadi panduan kepada tenaga pengajar dalam bidang ini terutama dalam aspek
penulisan esei. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan yang diadaptasi daripada metod analisis
kesalahan bahasa oleh Aly Ahmed Madkour (2006). Kajian mendapati kesalahan yang paling banyak
dilakukan ialah penggunaan Hamzah Wasl dan Qath’. Akhirnya, kajian menyarankan supaya tenaga
pengajar perlu memainkan peranan yang penting dalam melatih para pelajar untuk mengelakkan
kesalahan yang dilakukan berulang setiap kali mereka menulis esei.
Kata kunci: Kesalahan Ortografi, Implikasi, Penulisan Esei Berpandu, Pelajar Bukan Penutur Arab,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Abstract: This research aims to identify ortografical errors in directed essay written by the bachelor of
Arabic and Communication students (SMBaK), Faculty of Major Language Studies USIM. The samples
consist of 33 students selected by random sampling method. They are requested to write an essay. From
the essay, the reasearchers find their errors and analyze the frequencies. Besides that the errors has been
listed out as examples in this research. It is hoped that the research also helping them by giving some
suggestions to solve the errors problem. It will be a reference to the teachers in essay writing. Besides
that, this research uses the error analysis methodology adapted from Aly Ahmed Madkour (2006). The
research, concluded that the usage of Hamzah Wasl dan Qath’ is the highest errors in the frequent list.
Finally, the research suggested that teachers should play an important role to to avoid the errors repeat
every time when they write an essay.
Keywords: Ortografical Errors, Implication, Directed Essay Writing, Non-Arabic Students, Universiti
Sains Islam Malaysia

Downloads

Published

2024-01-15