PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN KOMUNITI BERTERASKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM MENINGKATKAN KUALITI [IMPLEMENTATION OF COMMUNITY SKILLS DEVELOPMENT AND ENHANCEMENT PROGRAM BASED ON THE INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0 TO ENHANCE QUA

Authors

  • Hasniza Tawyer Kolej Komuniti Kota Tinggi
  • Hanirah Mohamad Nur Kolej Komuniti Kota Tinggi
  • Suriati Mustaffa Kolej Komuniti Kota Tinggi

Keywords:

Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran; Revolusi Industri 4.0; Kolej Komuniti Malaysia. Skills Development and Improvement; Industrial Revolution 4.0; Community College of Malaysia.

Abstract

Abstrak: Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menjadi pemangkin dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia kini. Oleh itu, penglibatan dari segenap lapisan masyarakat adalah perlu terutama golongan belia bagi memastikan masyarakat mendepani IR4.0. Kolej Komuniti Kota Tinggi telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran Komuniti Berteraskan Revolusi Industri 4.0 bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi keberkesanan program tersebut terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap peserta program tersebut. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan peratusan, nilai min dan sisihan piawai. Responden kajian terdiri daripada para peserta yang mengikuti program ini secara bersemuka dan secara atas talian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap persepsi keberkesanan program terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap peserta program pada tahap tinggi masing-masing mempunyai nilai min 3.83, 3.86 dan 3.77. Ini menunjukkan bahawa program seumpama ini dapat meningkatkan kualiti hidup dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap peserta program yang mengikuti program ini. Oleh itu, program seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai individu yang berkemahiran tinggi berteraskan IR4.0 dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat..

Abstract: Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) has been a catalyst in transforming and improving the standard of living of today's Malaysian society. Therefore, involvement from all walks of life is necessary especially the youths to ensure that the community faces IR4.0. Kota Tinggi Community College has taken the initiative to implement the Community Skills Development and Improvement Programme based on Industrial Revolution 4.0 to improve the quality of life of the local community. The objective of the study was to identify the level of perception of the effectiveness of the programme on the knowledge, skills and attitudes of the participants of the programme. The study was conducted quantitatively and descriptively analyzed to obtain the percentage, mean value and standard deviation. The respondents were participants who participated in the programme face-to-face and online. The results of the study found that the level of perception of the effectiveness of the programme on the knowledge, skills and attitudes of the programme participants at a high level had a mean value of 3.83, 3.86 and 3.77 respectively. This shows that such programmes can improve the quality of life in terms of knowledge, skills and attitudes of the participants of the programme. Therefore, such programmes should be continued in the future to produce more highly skilled individuals based on IR4.0 in improving the quality of life of the community.

Published

2023-06-30