TAHAP MOTIVASI MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TERHADAP PENGGUNAAN MODUL KOSA KATA KERJA (KOKAJA) DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU TAHUN 4
[LEVEL OF MOTIVATION OF TAMIL NATIONAL TYPE SCHOOL STUDENTS TOWARDS THE USE OF VERB VOCABULARY MODULE (KOKAJA) IN YEAR 4 MALAY LANGUAGE SUBJECT]
Abstract
Abstrak: Kajian ini menilai keberkesanan Modul Kosa Kata Kerja (KOKAJA) dalam meningkatkan motivasi murid mempelajari Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan melibatkan 53 orang murid dari daerah Hilir Perak, Perak, yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen (n=27) dengan pengajaran menggunakan KOKAJA selama enam minggu dan kumpulan kawalan (n=26) dengan kaedah konvensional. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pasca, soal selidik motivasi berasaskan skala Likert, serta temu bual separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0 manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan motivasi murid dalam kumpulan eksperimen (M = 3.68, SP = 0.528) berbanding kumpulan kawalan (M = 3.31, SP = 0.469) pada aras p < 0.05. Dapatan kualitatif turut menyokong keberkesanan modul apabila murid melaporkan bahawa pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan mudah difahami. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa KOKAJA memberi impak positif terhadap motivasi dan penguasaan kosa kata kerja murid. Modul ini wajar diaplikasikan dalam latihan guru dan pembangunan bahan pengajaran.
Abstract: This study evaluated the effectiveness of the Verb Vocabulary Module (KOKAJA) in enhancing pupils’ motivation to learn Malay language among Year 4 pupils in Tamil National-Type Primary Schools (SJKT). A quasi-experimental design was employed involving 53 pupils from Hilir Perak district, Perak, divided into an experimental group (n=27) taught using KOKAJA for six weeks and a control group (n=26) taught through conventional methods. Instruments included pre- and post-tests, a Likert-scale motivation questionnaire, and semi-structured interviews. Quantitative data were analyzed using SPSS version 27.0, while qualitative data were thematically analyzed. Findings revealed a significant improvement in motivation among the experimental group (M = 3.68, SD = 0.528) compared to the control group (M = 3.31, SD = 0.469) at p < 0.05. Qualitative results further indicated that pupils perceived KOKAJA lessons as more engaging, enjoyable, and easier to understand. Overall, the study highlights the positive impact of KOKAJA on pupils’ motivation and verb vocabulary mastery. It is recommended that the module be integrated into teacher training and instructional design.