Tahap Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan TMK dalam Subjek Sains [Level of Motivation of Secondary School Students Towards the Use of ICT in Science Subjects]
Keywords:
MotivasiAbstract
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merancang untuk memperkenalkan pembelajaran abad ke-21, iaitu pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Pendekatan ini menggunakan teknologi sebagai instrumen pembelajaran yang dapat mengembangkan sistem pendidikan secara meluas tanpa dibatasi oleh ruang dan masa. Objektif kajian ini ialah mengukur tahap motivasi pelajar serta hubungan antara penggunaan TMK dengan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan instrumen soal selidik sebagai alat utama untuk mengumpul data. Seramai 169 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di negeri Perak telah dipilih sebagai responden melalui kaedah rawak berstrata. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menentukan min dan sisihan piawai tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi pelajar terhadap penggunaan TMK dalam pembelajaran subjek Sains berada pada tahap yang positif. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara penggunaan TMK dengan motivasi pelajar (r=.674, p<.000). Penemuan ini menegaskan pentingnya pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran Sains untuk meningkatkan keberkesanan pedagogi dan membina motivasi pelajar yang positif. Kajian ini memberi implikasi yang besar kepada pelbagai pihak terutamanya pendidik dalam usaha memperkukuhkan amalan penggunaan TMK yang holistik dan berpusatkan pelajar serta menyediakan landasan kukuh bagi kajian-kajian masa hadapan mengenai keberkesanan TMK dalam pendidikan.
Abstract: This study aims to identify the level of motivation of secondary school students towards the use of Information and Communication Technology (ICT) in teaching and learning Science subjects. The Ministry of Education Malaysia (KPM) plans to introduce 21st century learning, namely the integration of ICT in teaching and learning in schools. This approach uses technology as a learning instrument that can expand the education system widely without being limited by space and time. The objective of this study is to measure the level of student motivation and the relationship between the use of ICT and student motivation in Science subjects. This study uses a quantitative approach with a questionnaire instrument as the main tool to collect data. A total of 169 students from three secondary schools in the state of Perak were selected as respondents through the stratified random sampling method. The data obtained were analyzed using descriptive statistics to determine the mean and standard deviation of the level of student motivation. The study findings show that student motivation towards the use of ICT in learning Science subjects is at a positive level. Pearson correlation analysis shows a significant positive relationship between the use of ICT and student motivation (r=.674, p<.000). This finding emphasizes the importance of integrating information and communication technology (ICT) in science teaching to improve pedagogical effectiveness and build positive student motivation. This study has significant implications for various parties, especially educators, in their efforts to strengthen holistic and student-centered ICT usage practices and provide a solid foundation for future studies on the effectiveness of ICT in education.