PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SEBAGAI ALTERNATIF PEPERIKSAAN TAHAP 1 : ISU DAN CABARAN [CLASSROOM ASSESSMENT AS AN ALTERNATIVE TO LEVEL 1 EXAMINATIONS: ISSUES AND CHALLENGES]

Authors

  • Muhamad Hasnul Hakim Roslan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khairul Azhar Jamaludin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pentaksiran Bilik Darjah, Peperiksaan Tahap 1, Pendidikan Rendah, Isu dan Cabaran, Model 3P, Classroom Assessment, Level 1 Examination, Primary Education, Issues and Challenges, 3P Model.

Abstract

Abstrak: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan sebagai alternatif kepada peperiksaan Tahap 1 dalam sistem pendidikan Malaysia bagi menilai perkembangan murid secara menyeluruh dan holistik. Berbeza daripada penilaian sumatif yang berasaskan peperiksaan bertulis, PBD menekankan pendekatan formatif yang lebih autentik, fleksibel dan berterusan. Artikel berbentuk kertas konseptual ini bertujuan menganalisis konsep dan kepentingan PBD, meneliti isu serta cabaran pelaksanaannya daripada perspektif guru, murid dan ibu bapa, serta mencadangkan strategi penyelesaian yang bersesuaian. Hasil analisis literatur menunjukkan bahawa walaupun PBD berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran secara progresif, cabaran seperti beban tugas guru, kesukaran murid menyesuaikan diri dengan bentuk pentaksiran terbuka, serta kekeliruan ibu bapa terhadap tahap penguasaan masih menjadi halangan utama. Artikel ini turut mengemukakan Model 3P (Pemahaman–Penglibatan–Pengukuhan) sebagai sumbangan konseptual untuk memperkukuh pelaksanaan PBD melalui kefahaman mendalam, kolaborasi pelbagai pihak, serta pengukuhan latihan profesional dan dasar pendidikan yang jelas. Oleh itu, pelaksanaan PBD yang lebih efektif memerlukan sokongan menyeluruh melibatkan guru, murid, ibu bapa dan pihak berkepentingan lain.

Abstract: Classroom Assessment (PBD) has been introduced as an alternative to Level 1 examinations in the Malaysian education system to provide a more holistic and comprehensive evaluation of student development. Unlike summative assessments based on written examinations, PBD emphasizes a formative approach that is authentic, flexible, and continuous. This conceptual paper aims to analyze the concept and significance of PBD, examine the issues and challenges in its implementation from the perspectives of teachers, students, and parents, and propose appropriate solution strategies. A review of existing literature reveals that while PBD has the potential to enhance progressive student learning, major challenges remain, including teachers’ workload, students’ difficulty in adapting to open assessment methods, and parents’ limited understanding of mastery levels. This article also proposes the 3P Model (Understanding–Engagement–Reinforcement) as a conceptual contribution to strengthen the implementation of PBD through deep comprehension, collaborative involvement of all stakeholders, and continuous professional development supported by clear educational policies. Thus, effective implementation of PBD requires comprehensive support that actively involves teachers, students, parents, and policymakers.

References

Abdul Said Ambotang dan Shanti Gobalakrishnan. 2017. Tahap integriti dan kesediaan guru dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah rendah. International Journal of Education, Psychology and Counseling 2(4): 1–22.

Ali, R.M. dan Veloo, A. 2017. Teachers’ autonomy and accountability in assessing students’ physical education in school-based assessment. Dlm. Amzat, I.H. dan Valdez, N.P. (pnyt.). Teacher Development and Professional Empowerment, hlm. 71. New York: Springer.

Anniliza Mohd Isa, Al Amin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Abdullah dan Wan Fadhlurrahman Wan Md Rasidi. 2020. Transformasi pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah, kesan terhadap autonomi guru. Dlm. Isu dan Cabaran Pendidikan: Strategi dan Inovasi, hlm. 218–231. Pulau Pinang: Kaizentrennovation Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2019. Manual Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Versi Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Black, P., & Wiliam, D. 2009. Developing the theory of formative assessment. Educational Assessment, Evaluation and Accountability, 21(1): 5–31.

Che Noraini Hashim dan Norzaini Azman. 2020. Persepsi ibu bapa terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 45(2): 13–27.

Gengatharan, K. dan Azali Rahmat. 2019. Keperluan modul pentaksiran pendidikan kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 8(2): 19–27.

Hasbullah, N., Noraini Che Pa dan Zulkifli, N. 2022. Pentaksiran alternatif bagi murid berkeperluan khas: Satu pendekatan inklusif dalam PBD. Jurnal Pendidikan Khas Malaysia 12(1): 44–55.

Jamil, H. dan Ismail, M.N. 2022. Coaching dan mentoring dalam pembangunan profesional guru: Strategi pelaksanaan PBD. Jurnal Pendidikan Malaysia 47(2): 45–61.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Laporan Tahunan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2025. Panduan Pengurusan PBS Edisi 1 Tahun 2025.

Mohd Hasril Abu Hassan & Asmawati Suhid. 2021. Kefahaman ibu bapa terhadap laporan pentaksiran formatif murid sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 12(1): 45–58.

Md Nor, S.N. dan Abdul Hamid, M.A. 2021. Tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 6(11): 112–120.

Noraini Idris. 2016. Penilaian pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam kalangan guru. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. 2019. Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 9(1): 1–12.

Zabidi, R. dan Ahmad, A.R. 2020. Kajian tindakan terhadap beban dokumentasi guru dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. International Journal of Education and Training 6(1): 34–43.

Downloads

Published

2025-10-07