KOMPETENSI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: MENILAI ASPEK AMALI DAN AFEKTIF DI SEKOLAH RENDAH [COMPETENCIES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN CLASSROOM ASSESSMENT: EVALUATING PRACTICAL AND AFFECTIVE ASPECTS IN PRIMARY SCHOOLS]
Keywords:
Pentaksiran bilik darjah, penilaian formatif, Pendidikan Islam, sekolah rendah, cabaran pelaksanaan, Classroom assessment, formative evaluation, Islamic Education, primary school, implementation challengesAbstract
Abstrak: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan sebagai pendekatan utama dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pentaksiran bilik darjah menekankan pentaksiran formatif sebagai satu penilaian yang dilaksanakan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi menilai perkembangan murid secara menyeluruh yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam konteks Pendidikan Islam, pelaksanaan PBD menjadi lebih mencabar kerana ia turut melibatkan penilaian terhadap nilai, penghayatan dan amalan kehidupan seseorang individu murid berteraskan ajaran Islam dalam kehidupan harian. Justeru, guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah rendah berperanan penting dalam memastikan pentaksiran PBD dapat dijalankan secara menyeluruh. Namun begitu, pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pelaksanaan PBD masih belum mencapai tahap keberkesanan seperti yang diharapkan. Antara isu yang dikenal pasti termasuklah kekangan masa guru, beban kerja yang berlebihan, kurang kefahaman terhadap konsep dan dokumen sokongan pentaksiran serta ketiadaan latihan khusus berkaitan pentaksiran afektif dan amali. Selain itu, sikap dan motivasi guru turut menjadi faktor yang mempengaruhi kualiti pelaksanaan PBD. Sehubugan dengan itu, kertas isu ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pelaksanaan PBD serta membincangkan cadangan penambahbaikan seperti penyediaan latihan profesional secara berterusan, pembangunan instrumen pentaksiran alternatif, penyusunan semula beban tugas guru dan pengukuhan sokongan pentadbiran di peringkat sekolah. Oleh itu, perbincangan melalui kertas isu ini diharapkan dapat memberi implikasi yang positif terhadap pelaksanaan PBD secara lebih holistik, konsisten dan mampan dalam pendidikan Islam di sekolah rendah.
Abstract: Classroom Assessment (PBD) has been introduced as the main approach in the school-based assessment system under the Primary School Standard Curriculum (KSSR). Classroom assessment emphasizes formative assessment as a continuous evaluation conducted throughout the teaching and learning process in the classroom to assess pupils’ overall development, which encompasses cognitive, affective, and psychomotor aspects. In the context of Islamic Education, the implementation of PBD becomes more challenging as it also involves the evaluation of values, appreciation, and practices of a pupil’s daily life based on Islamic teachings. Therefore, Islamic Education teachers, especially in primary schools, play an important role in ensuring that PBD is implemented comprehensively. However, various studies have shown that the implementation of PBD has not yet reached the desired level of effectiveness. Among the identified issues are teachers’ time constraints, excessive workload, lack of understanding of assessment concepts and supporting documents, as well as the absence of specific training related to affective and practical assessments. In addition, teachers’ attitudes and motivation also influence the quality of PBD implementation. In relation to this, this issue paper aims to identify the main issues and challenges faced by primary school Islamic Education teachers in the implementation of PBD and to discuss improvement suggestions such as the provision of continuous professional training, the development of alternative assessment instruments, the restructuring of teachers’ workload, and the strengthening of administrative support at the school level. Therefore, it is hoped that the discussion in this paper will provide positive implications for the implementation of PBD in a more holistic, consistent, and sustainable manner in Islamic Education at the primary school level.
References
Abdul Razak Mohamad Azhar & Norhasnida Nor. 2019. Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20(2): 55–67.
Ahmad, A., & Zainal, Z. 2020. Persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Ahmad Mohd Farid. 2021. Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam Pendidikan Islam: Satu kajian kualitatif. Jurnal Pendidikan Islam, 25(2): 150–168.
Azizi Yusof, Hazwani Nur Shahrin & Kamal Saifudin. 2017. Amalan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press.
Azman Yusoff & Laili Halim. 2021. Beban dokumentasi dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Teknologi Pendidikan, 18(2): 55–68.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2022. Laporan kajian pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekolah rendah dan sekolah menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Black, P., & Wiliam, D. 1998. Assessment and classroom learning. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 5(1): 7–74. https://doi.org/10.1080/0969595980050102
Che Hashim, N., Abdul Hamid, S. N., & Zainal, N. A. 2020. Sikap guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(2), 15–26.
Che Noraini Che Musa, Mohd Aderi Che Noh & Zurina Mohd. 2017. Kefahaman guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1): 25–33.
Darling-Hammond, L., & Hyler, M. E., & Gardner, M. 2017. Effective teacher professional development. Palo Alto, CA: Learning Policy Institute.
Dweck, C. S. 2006. Mindset: The new psychology of Succes. New York: Random House.
Farah Nordin. 2022. Latihan dan bimbingan guru dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah: Isu dan cabaran. Jurnal Pengurusan Pendidikan, 14(1): 78–93.
Fullan, M. 2014. The principal: Three keys to maximizing impact. San Francisco: Jossey-Bass.
Harlen, W. 2007. Assessment for learning: Why, what and how? London: Hodder Education.
Hazwani Nur Shahrin, Azizi Yusof & Kamal Saifudin. 2017. Amalan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Skudai: Penerbit UTM Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019a. Dokumen standard pentaksiran berasaskan sekolah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019b. Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah sekolah rendah dan menengah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2025. Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (Edisi 1). Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.
Laili Halim & Azman Yusoff. 2021. Beban dokumentasi dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Teknologi Pendidikan, 18(2): 55–68.
Mohd Farid. 2021. Pentaksiran dalam Pendidikan Islam: Pendekatan Holistik terhadap Pembentukan Sahsiah Murid. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Fauzi Hamat. 2015. Asas pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Hassan. 2019. Pelaksanaan pentaksiran dalam pengajaran Pendidikan Islam: Satu tinjauan. Jurnal Pendidikan Islam, 24(1): 101–114.
Mohd Roslan Siti, Norlia Ibrahim & Rohaya Mahmud. 2020. Pentaksiran autentik dalam Pendidikan Islam: Kesannya terhadap motivasi pelajar. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran, 13(1): 72–85.
Mohd Shahril & Mohd Abd Rahman. 2020. Cabaran guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Islam, 8(2): 45–58.
Noraini Che Hashim, Noraini Omar & Rohaya Ismail. 2020. Sikap guru terhadap pentaksiran bilik darjah dan kesannya terhadap pelaksanaan. Jurnal Pendidikan dan Pembangunan, 7(1): 45–60.
Noraini Idris. 2021. Pentaksiran bilik darjah dan impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran: Satu tinjauan dalam kalangan guru pelbagai bidang. Bangi: Institut Aminuddin Baki.
Norhasnida Nor & Siti Fadilah. 2021. Amalan pentaksiran berasaskan bilik darjah dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Jurnal Kajian Pendidikan Islam, 6(1): 89–101.
Nurul Mansor & Mohd Rashid. 2021. Kefahaman guru terhadap standard prestasi dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan dan Latihan, 11(2): 89–102.
Rohani Hashim & Siti Mat Salleh. 2021. Etika pentaksiran aspek ibadah dalam Pendidikan Islam. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 9(3): 31–40.
Rohaya Zainal & Suhana Ahmad. 2020. Cabaran guru dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(2): 123–135.
Rusnani Abd Rahman, Noor Aida Harun & Zarina Mohd. 2018. Keberkesanan latihan profesional dalam meningkatkan pelaksanaan PBD. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2): 101–111.
Shahrul Rahman, Nor Ali & Azlina Zulkifli. 2020. Instrumen pentaksiran dalam Pendidikan Islam: Cabaran dan peluang. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(3): 210–225.
Stiggins, R.J. 2005. From formative assessment to assessment for learning: A path to success in standards-based schools. Phi Delta Kappan, 87(4): 324–328. https://doi.org/10.1177/003172170508700414
Wan Zah Wan Abdul, Abdul Razak Mohamad Azhar & Rohani Abdul Talib. 2020. Cabaran pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1): 15–24. https://doi.org/10.17576/jpen-2020-45.01-02
Wiggins, G. 1993. Assessing student performance: Exploring the purpose and limits of testing. San Francisco: Jossey-Bass.